ISKANDAR PUTERI: Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 1 telah berjaya mengurangkan mangsa banjir di daerah Segamat sebanyak 52 peratus kepada 11,040 orang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu pada Ahad.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri K Raven Kumar berkata sebelum RTB Fasa 1 dijalankan, mangsa banjir di daerah berkenaan adalah seramai 21,158 orang.
Beliau berkata kerja-kerja bagi RTB Fasa 1 yang telah siap dilaksanakan sepenuhnya antara 2011 sehingga 2016, melibatkan enam pakej antaranya menaik taraf Sungai Genuang, menaik taraf Sungai Chodan, pembinaan Jambatan Genuang dan lencongan Sungai Segamat - Sungai Genuang.
"Keseluruhan kos bagi RTB Fasa 1 ini adalah RM172.8 juta. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kawasan yang mengalami masalah banjir iaitu di Kampung Pogoh Tengah, Kampung Bukit Limau Manis, Kampung Sri Rahmat, Kampung Chodan dan Kampung Seberang Batu Badak melibatkan 252 mangsa banjir.
"Kejadian banjir yang berlaku ini disebabkan limpahan air Sungai Muar memasuki sehingga ke kawasan Pogoh," kata beliau ketika menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, semalam.
Raven (BN-Tenggaroh) berkata dalam masa yang sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan pelan jangka panjang melalui projek RTB Segamat Fasa 2 yang akan dilaksanakan secara dua pakej.
"Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk melaksanakan kerja ukur pada tahun ini.
"Saya percaya dengan penyediaan pelan jangka panjang melalui projek RTB Segamat Fasa 2 dengan kos keseluruhan RM650 juta, kerajaan negeri Johor komited mengurangkan jumlah mangsa banjir di daerah Segamat ini," kata beliau.
Raven berkata demikian ketika menjawab soalan lisan N. Saraswati (BN-Kemelah) berhubung tindakan kerajaan negeri dalam mengelakkan banjir di daerah Segamat serta soalan tambahan Saraswati mengenai bagaimana projek RTB telah berjaya mengurangkan mangsa banjir di daerah berkenaan.
Segamat menjadi daerah pertama di Johor yang dilanda banjir awal tahun ini sehingga menjejaskan ribuan penduduk mengakibatkan ramai daripada mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Laluan jalan raya ke Segamat dan Kampung Batu Badak hampir ditenggelami air akibat bencana banjir awal tahun ini. - Gambar hiasan/Fail/BERNAMA
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.
Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Banjir di Johor pulih sepenuhnya susulan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat ditutup 6 petang tadi.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor kekal 36 orang setakat 8 pagi
Kesemua mangsa masih ditempatkan di satu-satunya PPS yang aktif di Segamat, iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak.
JPS keluar amaran banjir di Segamat
JPS mengeluarkan amaran banjir bermula hari ini hingga 1 Disember di Segamat, susulan air sungai yang semakin meningkat dan akan melepasi paras bahaya.
Lima premis e-waste dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan
Tindakan itu bertujuan menghentikan pencemaran daripada terus berlaku sehingga boleh mengganggu kesihatan penduduk yang berhampiran.
Warga emas dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai di Segamat
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kampung Balai Badang, Buloh Kasap.
Banjir di Johor pulih, PPS terakhir di Segamat ditutup
Banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir beroperasi di daerah Segamat, ditutup petang ini.
Lelaki maut disengat tebuan tanah
Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis.
Blok asrama perempuan pula terbakar, 30 pelajar selamat
Selepas tiga bulan blok bangunan asrama lelaki di SMK Seri Kenangan Batu Anam, Segamat musnah dalam kebakaran, kejadian yang sama berulang.
Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Segamat
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.