KUANTAN: Seorang peniaga mendakwa kerugian RM186,923 selepas diperdayakan menyertai pelaburan bitcoin oleh rakan yang dikenali menerusi laman sosial Instagram, sejak pertengahan tahun ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 31 tahun itu mendakwa mengenali suspek pada Mei lepas dan sering melihatnya memuat naik gambar berkaitan bitcoin.
"Suspek didakwa telah berkongsi alamat laman web pelaburan itu kepada mangsa dan selepas beberapa kali melayari laman web tersebut, mangsa akhirnya membuat pelaburan pertama pada Jun dengan modal sebanyak RM2,100.
"Mangsa mendakwa telah membuat 10 pembayaran dalam tempoh dua bulan, yang akhirnya berjumlah RM186,923 sebelum mula berfikir untuk menarik diri kerana masih tidak menerima pulangan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata suspek bagaimanapun didakwa memberitahu mangsa bahawa wang yang telah dilaburkan hanya boleh dikeluarkan semula selepas tiga bulan dan mangsa perlu menunggu sehingga tempoh pelaburannya matang.
Bagaimanapun, sejak September lepas, mangsa mendakwa tidak dapat menghubungi suspek dan e-mel yang dihantar kepada pentadbiran laman web itu juga tidak berbalas, menyebabkan dia berasa ditipu.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pada perkembangan lain, Mohd Wazir berkata seorang suri rumah berusia 36 tahun mendakwa ditipu dalam pembelian pokok keladi hiasan menerusi laman sosial, sehingga kerugian RM4,240, dua hari lepas.
Mangsa mendakwa melihat iklan penjualan pokok itu, yang diiklan pada harga RM140 menerusi aplikasi Tik Tok sebelum menghubungi nombor WhatsApp bagi urusan jual beli, diikuti pembayaran secara dalam talian pada sebelah petang.
"Mangsa mendakwa dihubungi oleh seorang wanita pagi semalam, mendakwa dirinya wakil syarikat penghantaran dan meminta wang sebanyak RM4,100 yang didakwa sebagai bayaran penjagaan pokok.
"Suspek mendakwa pokok itu perlu disembur dengan baja dan bahan kimia khas untuk memastikan pokok tidak layu sepanjang proses penghantaran, yang dijelaskan mangsa pada tengah hari sama menerusi pemindahan dalam talian," katanya.
Mohd Wazir berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila sekali lagi dihubungi suspek pada sebelah petang, meminta bayaran RM2,000 kononnya sebagai tambahan kepada kos penghantaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021

Mangsa mendakwa telah membuat 10 pembayaran dalam tempoh dua bulan, yang akhirnya berjumlah RM186,923 sebelum mula berfikir untuk menarik diri kerana masih tidak menerima pulangan.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Pengurus lombong bijih rugi RM40,000 ditipu Macau Scam
Pihak 'LHDN' memaklumkan bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran cukai sebanyak RM98,000 dan kemudian menyambung panggilan itu ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah.

Warga emas rugi RM84,776 terpedaya pelaburan saham tidak wujud
Malangnya, keuntungan yang dijanjikan gagal diterima malah wanita berusia 62 tahun itu terpaksa menanggung kerugian RM84,776.

Guru rugi RM277,000 diperdaya 'Timbalan Pendakwa Raya'
Mangsa turut diarahkan menukar nombor pin kad bank baharunya menggunakan nombor hadapan kad pengenalannya.

Kerani rugi RM18,000 dedah maklumat di aplikasi palsu 'Bank Negara'
Mangsa mengisi segala butiran yang diperlukan termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon, nama pengguna perbankan internet dan nombor kad banknya.

Dua individu lesap RM16,518 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud
Suspek turut mengugut mencari anak mangsa jika gagal membayar yuran tambahan dan membatalkan permohonan untuk pinjaman itu.

Lesap RM343,203 angkara skim pelaburan cepat kaya
Mangsa berusia 28 tahun menyertai skim pelaburan yang dijalankan seorang wanita itu tahun lalu selepas tertarik dengan jaminan keuntungan 50 peratus yang akan dibayar pada setiap 15 hari.

Kereta idaman tak dapat, duit lebih RM25,000 lesap
Lelaki berusia 62 tahun itu tertarik untuk membeli kereta mewah terpakai jenis Lexus yang ditawarkan pada harga 42,000 dengan pinjaman penuh.

Wang dalam akaun bank lesap angkara Macau Scam
Mangsa dimaklumkan mempunyai mata terkumpul dengan sebuah syarikat penerbangan dan perlu menukarnya dalam bentuk wang ringgit.

Pegawai JPJ rugi RM8,400 ditipu kenalan palsu
Wanita itu menerima pesanan daripada suspek memintanya memindahkan sejumlah wang kerana akaun miliknya dikatakan mempunyai masalah.

Wanita dakwa diperdaya bayar RM109,200 untuk komputer riba tak wujud
Mangsa mendakwa berurusan dengan seorang lelaki menerusi WhatsApp selepas melihat iklan di laman sosial.