PUTRAJAYA: Datuk Ruji Ubi dan Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz 'bertukar portfolio' apabila masing-masing dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu.
Pelantikan Ruji sebagai KSU KDN dan Wan Ahmad Dahlan sebagai Ketua Pengarah ICU masing-masing berkuatkuasa Isnin hadapan (20 Feb), umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini dalam kenyataan berasingan.
Mohd Zuki berkata pelantikan Ruji, 53, adalah berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang memegang beberapa jawatan di pelbagai bidang seperti keselamatan, pengurusan pemantauan projek pembangunan dan pengurusan sumber manusia.
Ruji yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun, pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) di Kementerian Pertahanan dan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah.
"Saya berkeyakinan penuh dengan kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau menggalas amanah mendokong misi dan visi KDN, dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara bagi merealisasikan hasrat Malaysia Madani," kata Mohd Zuki.
Sementara itu, Mohd Zuki berkata Wan Ahmad Dahlan, 57, mempunyai pengalaman luas dalam bidang dasar, pengurusan, pengkuatkuasaan, keselamatan dan perkhidmatan awam.
"Saya berkeyakinan penuh dengan kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau, mampu menerajui ICU dalam meneruskan pemantauan pelaksanaan program atau projek pembangunan kerajaan secara keseluruhan, bagi merealisasikan hasrat Malaysia Madani," katanya.
Wan Ahmad Dahlan, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun, juga pernah berkhidmat sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023

Pelantikan Ruji sebagai KSU KDN dan Wan Ahmad Dahlan sebagai Ketua Pengarah ICU masing-masing berkuatkuasa Isnin hadapan (20 Feb), umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini. - Foto Facebook/Mohd Zuki Ali
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Seramai 496,541 pelajar terima manfaat BAP di Sabah
Seramai 496,541 pelajar bakal menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) melibatkan peruntukan lebih RM74,481,150.

Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji
Calon SPM2024 yang terjejas akibat banjir dibenarkan untuk tinggal di asrama sehingga keadaan pulih bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini hingga Februari depan.

Lebih RM98 juta peruntukan tambahan naik taraf kuarters polis - KDN
Peruntukan berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan RM200 juta yang diperuntukkan kerajaan untuk pembaikan kuarters anggota penguat kuasa dan unit beruniform di bawah KDN.

Ruji dilantik KSU KDN, Wan Ahmad Dahlan Ketua Pengarah ICU
Datuk Ruji Ubi dan Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz 'bertukar portfolio' apabila masing-masing dilantik sebagai KSU KDN dan Ketua Pengarah ICU, JPM yang baharu.

Banjir: 392 keluarga mula terima bantuan wang ihsan
Seramai 392 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat bencana banjir telah menerima agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) pada Isnin.