JASIN: Seorang warga emas maut selepas dipercayai disamun oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulai Darat, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa Misah Md Amin, 91, ditemukan dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumahnya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 3.54 pagi berhubung kejadian itu daripada jiran mangsa sebelum berjaya menahan seorang suspek warga tempatan yang berusia 20 tahun.
“Kejadian berlaku pada awal pagi tadi yang mana selepas mendapat maklumat, sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan menemui warga emas yang tinggal seorang diri itu dalam keadaan terbaring di dapur rumah.
“Bertindak atas maklumat kemudian pasukan polis berjaya menahan suspek di kawasan berhampiran kira-kira enam jam kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, warga emas berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Jasin bagi proses bedah siasat, manakala motif kejadian serta punca kematian masih dalam siasatan.
Ujarnya, suspek yang ditahan itu juga mempunyai tiga rekod lampau berhubung kes rompak dan samun.
“Warga emas ini telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi kejadian, namun punca kematian itu akan diketahui selepas selesai bedah siasat.
“Suspek yang juga penganggur ini juga mempunyai tiga rekod lampau dan buat masa ini suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya.
Sementara itu, jiran mangsa yang juga saksi kejadian berkenaan ketika ditemui berkata, dia terjaga daripada tidur kira-kira pukul 1.50 pagi sebelum dia kemudian terdengar suara warga emas yang mesra disapa Mak Misah itu mengerang kesakitan sebelum terlihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu dapur rumahnya kira-kira jam 2.10 pagi tadi.
“Saya mula mengesyaki sesuatu yang buruk apabila nampak ada kelibat orang berlari, namun saya tidak sangka Mak Misah sudah meninggal dunia akibat disamun.
“Selepas melihat keadaan selamat, saya segera memanggil jiran sebelah dan menceritakan kejadian itu sebelum dia menghubungi polis," katanya yang berusia 43 tahun.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jan 20 2023
![Rumah dipecah masuk, warga emas 'Mak Misah' maut disamun Rumah dipecah masuk, warga emas 'Mak Misah' maut disamun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674195712_TBSAMUNJASIN.jpg)
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa Misah Md Amin,91, ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumahnya. - Foto Astro AWANI
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
![Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732688380_wargaemasmaut.jpg)
Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus
Sorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai dalam kejadian banjir kilat di Kilometer 4 Jalan Selirik di Kapit.
![Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731279953_tbWargaemasmaut.jpg)
Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mereka dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Palong 1 dekat Tampin.
![Warga emas maut dalam nahas motosikal, tercampak 16 meter Warga emas maut dalam nahas motosikal, tercampak 16 meter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730957716_wargaemas.jpg)
Warga emas maut dalam nahas motosikal, tercampak 16 meter
Sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan menyebabkannya tercampak dari kedudukan asal kenderaan tersebut.
![Dua lelaki warga emas maut, kereta langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi Dua lelaki warga emas maut, kereta langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730770115_Kemalangan.jpg)
Dua lelaki warga emas maut, kereta langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi
Dalam kejadian pukul pukul 3.42 pagi, kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 64 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
![Warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh Warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729933627_TBIPOHBUNUH.jpg)
Warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh
Mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang di sini, semalam.
![Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729127835_wargaemasmaut.jpg)
Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan
Kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu seorang wanita yang sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.
![Suami isteri maut, van dipandu menantu terbabas langgar tembok Suami isteri maut, van dipandu menantu terbabas langgar tembok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724483627_tbterbabas.jpg)
Suami isteri maut, van dipandu menantu terbabas langgar tembok
Suami isteri warga emas maut selepas van dinaiki terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Kuala Kangsar pada Jumaat.
![Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723541351_wargaemasmautdit.jpg)
Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara
Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting oleh anak saudaranya dalam kejadian pergaduhan di Kepala Batas.
![Pasangan warga emas, cucu maut nahas kebakaran rumah Pasangan warga emas, cucu maut nahas kebakaran rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723167921_kebakaranrumah.jpg)
Pasangan warga emas, cucu maut nahas kebakaran rumah
Seorang lagi cucu perempuan pasangan itu yang berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
![Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635002688_BOMBA.jpg)
Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran
Halimah dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan.