Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu mengambil kira segenap aspek sebelum memberikan penempatan kepada golongan gelandangan.
Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin bekata, bantuan yang disediakan kerajaan dengan pihak swasta itu adalah baik dari sudut jangka masa pendek.
Dr Shamsul Amri berkata apa yang cuba dilakukan bertujuan untuk memperindahkan pemandangan ibu kota dari penglihatan pelancong luar khususnya.
Namun katanya, kajian menyeluruh perlu diambil kira bagi memastikan program yang diatur mencapai matlamat sebenar.
"Yang utamanya untuk memastikan mereka ini ada shelter ataupun tempat berteduh dahulu sebelum diberikan rumah, ertinya pemberian yang awal ini, ialah untuk mereka berpindah daripada kawasan luar yang tidak ketentuan itu kepada satu tempat yang ada tandas, kemudahan air dan untuk memberikan makanan dan sebagainya.
"Ini adalah impak yang pertama buat mereka keluar dari kawasan yang mungkin nampak tidak indah di Kuala Lumpur tetapi yang lebih penting ialah tindakan susulan bagaimana, JKM dan NGO bertemu dengan mereka dan mengetahui apakah masalah sebenar mereka jadi homeless dan bukan roofless.
"Ini ada beza, antara homeless yang tiada keluarga bukannya tiada tempat tinggal. Konsep, homeless dengan roofless ini saya dapati belum difahami dengan mendalam oleh mereka yang bercadang untuk membantu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya lagi, pihak terlibat perlu mengambil pengalaman daripada kes-kes terdahulu membabitkan penempatan Orang Asli yang pada akhirnya tidak tinggal di rumah yang disediakan.
"Ini perlukan pengetahuan dan maklumat mendalam serta penelitian oleh pihak bertanggungjawab, baru kita dapat sesuaikan kemudahan dengan keperluan, bukannya seperti yang kita buat dengan Orang Asli supaya mereka ini tidak berpindah randah, buat rumah supaya mereka tetap di situ, tetapi dia terus pindah randah, tidak duduk di rumah itu.
"Jadi ini kita sudah belajar dalam kes-kes lain, jadi saya rasa jadi pengajaran kepada kita dalam menagani masalah perumahan untuk gelandangan ini," katanya lagi.
Pandangan itu turut dipersetujui Felo Utama Kajian Malaysia dan Antarabangsa, IKMAS, Prof. Emiratus Datuk Abdul Rahman Embong yang mahu punca wujudnya gelandangan ini dapat dicari.
"Masalah gelandangan ini kompleks,ia bukan masalah tempat tinggal semata-mata, tapi masalah pekerjaan, masalah kesihatan dan masalah yang lain-lain lagi.
"Ertinya mengadakan tempat tinggal khas untuk mereka satu aspek sahaja, bagaimana pula nak memastikan mereka dapat hidup berdikari seperti orang lain. Kedua pula, bagaimana pula mereka yang sakit yang perlu dapatkan rawatan perubatan.
"Saya rasa rancangan seperti ini tidak boleh adhoc, tetapi harus ada rancangan menyeluruh untuk menangani golongan yang paling bawah daripada yang bawah ini.
"Bagus, ya.Tetapi harus konsisten, harus menyeluruh, harus mempunyai kesan yang membawa perubahan kepada kehidupan mereka dan ia dapat dilestarikan dan dapat bertahan, agar akar punca masalah itu dapat ditangani dalam perancangan pembangunan negara dan ibu kota," jelasnya.
Kedua-dua pakar akademik itu mengulas mengenai penempatan yang bakal disediakan kerajaan dalam usaha memberi keselesaan kepada golongan gelandangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis memberi jaminan, rumah untuk golongan gelandangan di Medan Tuanku dan Pekeliling itu dijangka siap dalam waktu terdekat.
Projek dengan kos RM17 juta itu dilakukan dengan kerjasama pihak swasta dalam menjalankan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Khairunnisa Kasnoon
Fri Jul 10 2015

Kajian menyeluruh perlu diambil kira bagi memastikan program yang diatur buat golongan gelandangan mencapai matlamat sebenar. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Gelandangan didakwa bunuh rakan
Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.

Berkelakuan tidak senonoh, wanita gelandangan Rusia ditahan di Shah Alam
Polis mengesahkan menahan seorang wanita gelandangan warganegara Rusia yang tiada pengenalan diri di Setia Alam, di sini pada Rabu.

Tangani masalah gelandangan secara bersama - Abang Johari
Abang Johari berkata bantuan serta sokongan seperti sesi kaunseling kepada golongan gelandangan harus dipertingkatkan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga.

Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.

Gelandangan dirikan khemah tanda protes berhampiran dataran Bastille
Puluhan khemah didirikan di dataran, hanya beberapa meter dari gelanggang Olimpik yang disediakan sebagai kawasan tarikan pelancong.

Gelandangan baling batu dekat stesen monorel direman 3 hari
Seorang gelandangan yang ditahan selepas dipercayai melempar batu di Stesen Monorel Imbi direman tiga hari bagi siasatan lanjut.

Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang tawar sesi padanan kerja
Sebanyak 84 gelandangan yang sebelum ini menghuni Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini telah memperoleh pekerjaan yang sesuai.

50 orang ditemukan maut di Delhi dalam tempoh 48 jam, disyaki gelombang haba
Lima puluh orang miskin ditemukan mati di Delhi dalam tempoh 48 jam, dengan punca kematian disyaki gelombang haba yang melanda kawasan berkenaan.

85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan
Operasi itu memberi peluang kehidupan lebih baik kepada gelandangan di samping memastikan imej Kuala Lumpur bersih dan sejahtera.

Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.