KUALA LUMPUR: Rumah Majlis atau Council Home yang dibina atas inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak boleh dijual beli sebaliknya hanya dibenarkan untuk sewaan, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Beliau berkata setiap unit kediaman rumah itu berkeluasan sekurang-kurangnya 750 kaki persegi yang berfungsi sebagai kediaman transit kepada warga kota sebelum berkemampuan membeli kediaman pertama.
"Buat masa ini, kita hanya benarkan untuk sewaan. Kalau unit kediaman itu dijual, nak cari stok (kawasan) baharu bukan senang. Harga tanah pula semakin tinggi.
"Ada kemungkinan satu ketika nanti tiada tanah baharu (untuk bina rumah) sedangkan mereka yang memerlukan (golongan B40 dan M40) kemudahan ini semakin bertambah pada setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran penyewaan /menduduki Residensi Sungai Udang, Segambut di sini pada Rabu.
Mahadi berkata warga kota yang layak akan ditawarkan untuk menyewa unit Rumah Majlis bagi satu tempoh transit tertentu dengan kadar harga sewaan bulanan yang lebih murah berbanding harga pasaran.
"Kita letak tempoh tiga tahun untuk sewaan sebelum dinilai semula kelayakan mereka dengan membuktikan pendapatan semasa," katanya.
Beliau berkata tempoh transit yang diberikan adalah munasabah dan cukup untuk mereka mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi perbankan bagi tujuan pembelian rumah pertama.
Mahadi berkata sehingga kini, sejumlah 3,621 unit Rumah Majlis telah dan sedang dibina di empat tapak milik DBKL di sekitar ibu negara iaitu di Bandar Tun Razak, Bandar Baru Sentul dan Taman Desa Segambut.
Mengenai Residensi Sungai Udang, Segambut, Mahadi berkata pihaknya menerima lebih 800 permohonan daripada orang awam sejak Februari lepas, namun hanya 280 pemohon layak untuk menyewa.
"Tinggal lebih 600 unit untuk dimohon oleh orang awam selain 224 unit lagi disediakan sebagai kuarters bagi kakitangan DBKL," katanya
Residensi Sungai Udang, Segambut terdiri daripada tiga blok bangunan yang menawarkan 1,251 unit kediaman berkeluasan 807 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, dewan serba guna, surau dan bilik pengurusan jenazah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022

Rumah Majlis atau Council Home yang dibina atas inisiatif DBKL tidak boleh dijual beli sebaliknya hanya dibenarkan untuk sewaan, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah. - Foto fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rumah majlis hanya untuk disewa - Datuk Bandar KL
Rumah Majlis atau Council Home yang dibina atas inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak boleh dijual beli sebaliknya hanya dibenarkan untuk sewaan.