SIBU: Kira-kira 200 penghuni Rumah Selanjat di Sungai Segan, Ulu Sebauh, Bintulu yang terletak kira-kira 180 kilometer dari sini, hilang tempat tinggal apabila 33 daripada 36 pintu rumah panjang kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kebakaran itu membabitkan satu blok lama rumah panjang berstruktur tidak kekal dengan anggaran 90 peratus musnah.
"Tiga pintu lagi berjaya diselamatkan daripada terbakar. Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya dan anggota pemadam berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke blok baharu rumah panjang tersebut yang hanya berjarak 4 meter dari tempat kebakaran berlaku.
"Anggaran penghuni terjejas adalah seramai 200 orang daripada 33 keluarga. Mereka berjaya keluar dari kawasan kebakaran serta tiada sebarang kecederaan dilaporkan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad, ketika dihubungi Bernama, pula berkata kebakaran dipercayai bermula dari unit tengah rumah panjang tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat dan pasukan forensik akan ke lokasi kejadian esok untuk menjalankan siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
![Rumah panjang terbakar, 200 penghuni hilang tempat tinggal Rumah panjang terbakar, 200 penghuni hilang tempat tinggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673706723_Kebakaran.jpg)
Punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat dan pasukan forensik akan ke lokasi kejadian esok untuk menjalankan siasatan lanjut. - Gambar hiasan
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Kanak-kanak 5 tahun rentung, ibu dan bayi melecur hampir 50 peratus dalam kebakaran rumah panjang Kanak-kanak 5 tahun rentung, ibu dan bayi melecur hampir 50 peratus dalam kebakaran rumah panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655110261_KANAKKANAKRENTUNG.jpg)
Kanak-kanak 5 tahun rentung, ibu dan bayi melecur hampir 50 peratus dalam kebakaran rumah panjang
Mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai Rezdesson Carlos Robson, 5, manakala adiknya Elsa Amanda,2, dan ibunya Ency Shaylla, 25 tahun melecur teruk.
![Tuai rumah berdepan kompaun jika gagal kuat kuasa SOP di rumah panjang Tuai rumah berdepan kompaun jika gagal kuat kuasa SOP di rumah panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627192489_DouglasUggahEmbas.jpg)
Tuai rumah berdepan kompaun jika gagal kuat kuasa SOP di rumah panjang
Pemimpin masyarakat yang gagal untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di kawasan rumah panjang bakal berdepan risiko dikenakan kompaun.
![PKPD di Sungai Duan diperluas, Empangan Baleh juga terlibat PKPD di Sungai Duan diperluas, Empangan Baleh juga terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619096039_DatukSeriIsmailSa.jpg)
PKPD di Sungai Duan diperluas, Empangan Baleh juga terlibat
Ini adalah susulan 17 kes positif baharu telah direkodkan di rumah panjang lain yang terletak berhampiran.
![21 penduduk rumah panjang di Bario terselamat kebakaran 21 penduduk rumah panjang di Bario terselamat kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616146360_kebakaran.jpg)
21 penduduk rumah panjang di Bario terselamat kebakaran
Tindakan pantas penduduk kampung berjaya menyelamatkan kebakaran rumah rumah panjang dari terus merebak.
![Kempen Pembudayaan Norma Baharu KKMM bermula di Rumah Panjang Akat Kempen Pembudayaan Norma Baharu KKMM bermula di Rumah Panjang Akat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600234975_NORMABAHARUKKMM.jpg)
Kempen Pembudayaan Norma Baharu KKMM bermula di Rumah Panjang Akat
Rumah Panjang Akat terpilih sebagai destinasi pertama Kempen Pembudayaan Norma Baharu.