NIBONG TEBAL: Sebuah rumah pusaka yang terbiar hampir tujuh tahun di Kampung Sungai Bakau di sini dijadikan sebagai Rumah Ngaji untuk dimanfaatkan penduduk setempat sebagai medan ilmu terutama dalam pengajian al-Quran.
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.
Pengasasnya, Ustaz Fahmi Abu Bakar berkata, rumah pusaka itu sebelum ini merupakan tempat beliau membesar bersama tujuh adik beradik lain namun dibiarkan usang selepas mereka masing-masing mempunyai kediaman tersendiri.
Tidak mahu membiarkan rumah yang menyimpan pelbagai kenangan itu terus terbiar begitu sahaja, beliau mengambil inisetif untuk baik pulih semula rumah berkenaan selain mendapatkan persetujuan dengan adik-beradik lain untuk menjadikan rumah pusaka keluarga sebagai tempat pengajian al-Quran.
"Alhamdulillah, selepas hampir setahun rumah ini dibaik pulih, kini rumah ini telah bersedia untuk dijadikan Rumah Ngaji yang mana mampu memuatkan hingga 55 orang untuk setiap sesi pengajian al-Quran.
"Kita akan menumpukan kepada kelas untuk orang dewasa terlebih dahulu dan akan bermula dengan menguasai bacaan Iqra sebelum meneruskan dengan kelas tilawah, tadabur dan tahfiz al-Quran," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Rumah Ngaji Abu Bakar, di sini pada Sabtu.
Hadir merasmikan, Pegawai Khas Kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal, Khairul Anuar Abdul Manap.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad dan Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Mohd Taufek Abdul Rahman.
Mengulas lanjut mengenai operasi Rumah Ngaji Abu Bakar, Ustaz Fahmi berkata, ia akan dikendalikan oleh semua tenaga pengajar yang bertauliah daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Malah jelasnya, beliau sendiri akan mengajar kelas al-Quran pada setiap Sabtu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023
![Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674942037_RumahNgajiAbuBaka.jpg)
Rumah Ngaji Abu Bakar menjadi Rumah Ngaji yang ke-50 dibuka di Pulau Pinang. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
![Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815984_TBLINDABEEGO.jpg)
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
![Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu? Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738819574_TBKANNA.jpg)
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
![Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738820144_AzamBaki.jpg)
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
![Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
5.4 juta terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025
5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.

SARA akan dikredit ke dalam Mykad bagi bulan Januari hingga Mac
Menteri Kewangan 2, Amir Hamzah berkata, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam Mykad pengguna bagi bulan Januari hingga Mac.
Mulai April 2025 kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.
Mulai April 2025 kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.
Kerajaan eratkan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan berusaha untuk mengeratkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan AS supaya tidak dikenakan kenaikan kadar tarif seperti China, Kanada dan Mexico.
Malaysia mengambil pendekatan dengan tidak memihak dalam menangani perang dagang antara AS dengan negara lain. Malaysia juga kekal sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai oleh semua rakan dagang.
Malaysia mengambil pendekatan dengan tidak memihak dalam menangani perang dagang antara AS dengan negara lain. Malaysia juga kekal sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai oleh semua rakan dagang.
![Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674942037_RumahNgajiAbuBaka.jpg)
Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.