GEORGE TOWN: Sebuah keluarga di Air Itam di sini terpaksa menumpang di stor sebuah kilang perabot selepas rumah pusaka yang didiami mereka hangus terbakar dalam kejadian 6 April lepas.
Effandy Abdul Rahim berkata dia tidak mampu membina semula rumahnya berikutan masalah kesihatan selain tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Saya tidak mengharapkan bantuan wang daripada orang ramai, cuma bantu saya bina semula rumah kami agar saya dan isteri Salbilla Supriyadi, 41, serta anak kami Nuur Zulaieca, 2, dapat tinggal dengan selesa," katanya ketika ditemui pemberita, di tapak rumahnya pada Isnin.
Menurutnya, stor yang menjadi 'rumah sementara' mereka terletak di tingkat atas kilang perabot tersebut dan mereka terpaksa menggunakan tangga besi untuk naik dan turun, sekali gus mengundang bahaya.
"Saya juga mohon kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang supaya menyambung semula bekalan air di tapak rumah kami yang telah terbakar... sekarang ini kami menumpang bekalan air dan tandas jiran," katanya.
Effandy, 32, berkata dia hanya berniaga buah mangga di tepi jalan dengan pendapatan tidak sampai RM1,000 sebulan, manakala isterinya pula menjaga Orang Kurang Upaya dengan upah RM30 hingga RM40 sehari.
"Saya tidak boleh melakukan kerja berat kerana menghidap sakit jantung dan perlu mengambil suntikan harian di klinik kerajaan berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021

Effandy berkata dia tidak mampu membina semula rumahnya berikutan masalah kesihatan selain tidak mempunyai pendapatan tetap. - Foto BERNAMA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.

Polis kesan tiga sekeluarga bantu siasatan kes dadah
Polis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Tiga beranak ditemukan mati di kediaman mereka di Ampang
Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang.

Tiga beranak didakwa dera kanak-kanak perempuan lima tahun
Pasangan suami isteri dan anak mereka mengaku tidak bersalah dera mangsa menggunakan rotan, memukul, menendang serta simbah air panas.

Jenazah tiga beranak lemas berpelukan selamat dikebumi dalam satu liang
Jenazah tiga beranak yang lemas di Sungai Muda berhampiran Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling selamat dikebumikan petang tadi.

Jenazah tiga beranak lemas berpelukan akan dikebumi di Alor Setar
Ahli keluarga sedang menanti proses bedah siasat selesai termasuk keputusan COVID-19 untuk membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke kampung di Alor Setar.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Tiga beranak edar dadah bernilai RM2.18 juta ditahan
Sekiranya dadah-dadah berkenaan terlepas di pasaran ia boleh digunakan oleh setengah juta orang.

Bantuan bakul makanan ringankan beban hidup tiga beranak
Penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan dialu-alukan datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kuala Pilah.

Tiga beranak maut, kenderaan SUV bertembung bas
Tiga beranak maut setelah kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas.