KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Aidilfitri hari ini bukan hanya dirasai umat Islam di negara ini malah turut diraikan masyarakat berbilang kaum menerusi penganjuran rumah terbuka.
Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 10,000 rakyat berbilang kaum hadir meraikan Majlis Istana Terbuka di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah sempena perayaan Aidilfitri.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berangkat tiba pada 9.45 pagi dan turut berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan barisan exco kerajaan negeri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali ketika ditemui Bernama berkata pelbagai juadah disajikan menerusi lebih 20 gerai makanan antaranya rendang maman, ayam goreng 'stano', apam balik Seri Menanti dan ketupat pada majlis yang bermula 9.30 pagi hingga 1 tengah hari itu.
Seorang pengunjung, Alan Rajasooria, 57, berkata dia sekeluarga tidak mahu ketinggalan meraikan Aidilfitri dan menyifatkan Majlis Istana Terbuka itu sebagai ruang terbaik mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Di KELANTAN, hujan renyai sejak awal pagi tidak menghalang ribuan rakyat pelbagai kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka anjuran Istana negeri di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Antara yang tidak melepaskan peluang hadir ke majlis berkenaan adalah pasangan suami isteri Hor Kun Wah, 65, dan Loh Wai Khan, 55.
"Saya dan suami berasa sungguh gembira kerana dapat mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri dengan rakan-rakan yang meraikan sebab saya sangat suka masakan dan juadah disediakan orang Melayu," kata Loh.
Di PAHANG, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lurah Semantan, Temerloh yang dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.
Baginda berdua yang tiba pada 10.15 pagi berkenan menyantuni pengunjung sambil diiringi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Di JOHOR, kira-kira 12,000 'Bangsa Johor' hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di kediaman rasminya di Johor Bahru.
Sebanyak 32 gerai menyajikan 22 menu seperti mi rebus, laksa Johor, burasak, ketupat, rendang dan nasi briyani disediakan kepada tetamu yang hadir.
Bagi K. Saravanan, 49, dari Larkin berkata dia sekeluarga tidak melepaskan peluang hadir ke rumah terbuka Menteri Besar Johor sejak lebih 10 tahun lalu.
"Apa yang bagus tentang rumah terbuka, kita bukan sahaja dapat menikmati makanan yang pelbagai tetapi paling utama di sinilah semua kaum Melayu, Cina dan India bertemu," katanya.
Di TERENGGANU, dianggarkan 15,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di kediaman rasminya, Seri Iman di Kuala Terengganu.
Sebanyak 15 jenis juadah menarik disajikan kepada pengunjung antaranya nasi dagang, keropok lekor dan rojak katih.
Seorang pelajar sekolah rendah Ng Zheng Ren, 9, menarik perhatian apabila hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hijau bersama ibu dan neneknya.
Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Wei Sin itu berkata baju itu dibeli untuk sambutan Aidilfitri di sekolahnya, tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang menghadiri Majlis Istana Terbuka sempena Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Penangguhan tersebut dibuat susulan masalah kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.
AWANI Tonight: Japan’s worst wildfire in decades continues to burn
Thousands were evacuated as Japan battles its biggest wildfire in decades. The blaze, which broke out on February 26 due to dry air, continues to spread as firefighters struggle to contain it.
AWANI Tonight: Excessive EPF withdrawals only punish contributors later - PM
Excessive early EPF withdrawals will leave contributors financially vulnerable upon retirement, and exceptions can only be given under special circumstances, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Tonight 4 March 2025
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews
Majlis Media Malaysia mampu selesai aduan di luar mahkamah, berdasarkan kod etika - Penganalisis
Jurucakap Gerakan Media Merdeka (Geramm), Radzi Razak berkata penubuhan Majlis Media Malaysia akan membolehkan sebarang aduan yang dibuat terhadap organisasi media diselesaikan tanpa melibatkan prosiding mahkamah. Lanjutan itu, Perunding Media, Dr. G. Manimaran berkata Majlis berkenaan perlu segera menerbitkan parameter dan kod etika yang jelas sebagai panduan kepada organisasi media di Malaysia. #AgendaAWANI
Majlis Media Malaysia perlu baiki persepsi, menangi penerimaan industri - Penganalisis
Perunding Media, Dr. G. Manimaran berkata tugas besar Majlis Media Malaysia adalah untuk membaiki segala persepsi negatif terhadap industri media. Manakala, bagi Jurucakap Gerakan Media Merdeka (Geramm), Radzi Razak, Majlis ini perlu bekerja keras bagi memastikan ia diterima baik oleh pemain-pemain industri. #AgendaAWANI
Persepsi SPRM hanya tangkap ‘bilis’ mesti ditangani dengan keupayaan siasatan canggih - Penganalisis
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata persepsi negatif terhadap SPRM yang hanya menyasarkan pesalah kecil berbanding pesalah berprofil tinggi adalah berasaskan statistik pendakwaan yang rendah terhadap ahli politik. Oleh itu, Penganalisis Rasuah, Noor Mohamad Shakil Hameed mahu SPRM diberikan peruntukan lebih banyak dengan kemudahan siasatan canggih. #AgendaAWANI
SPRM perlu bebas pengaruh kerajaan, letakkan di bawah Parlimen - Penganalisis
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bebas daripada pengaruh badan eksekutif dalam menjalankan siasatan, dengan diletakkan di bawah parlimen. Namun, Penganalisis Rasuah, Noor Mohamad Shakil Hameed menganggap campur tangan kerajaan kini sudah tidak ada dan siasatan SPRM kini adalah lebih proaktif dan agresif. #AgendaAWANI

Majlis Media Malaysia mampu selesai aduan di luar mahkamah, berdasarkan kod etika - Penganalisis
Penubuhan Majlis Media Malaysia boleh mempercepatkan penyelesaian sebarang aduan yang dikemukakan kepada mana-mana pertubuhan media dalam negara.

Orang ramai dijangka boleh guna Terminal Bersepadu Gombak hujung Mac untuk balik raya
TBG mempunyai tiga mod pengangkutan (bas, LRT, ECRL) dan menyediakan kemudahan seperti kedai runcit, premis makanan, dewan serba guna, dan platform khas untuk OKU.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus sempena Aidilfitri
Pengurangan harga itu mencerminkan komitmen kerajaan menyokong rakyat yang merancang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.