KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran mahupun tindakan 'menunggang agama'.
Perdana Menteri berkata program itu bukan dilaksanakan atas kapasiti peribadi, sebaliknya dianjurkan kerajaan sebagai usaha mendampingi dan menyantuni rakyat.
"Kerajaan di mana-mana pun akan buat (majlis rumah terbuka), bukan membazir kerana kita beri makan kepada rakyat. Bagi saya ia tidak membazir.
"Kalau buat atas kapasiti peribadi termasuk keluarga, wajarlah guna wang dari poket sendiri, tetapi ini (anjuran) kerajaan untuk rakyat dan (perbelanjaan) jauh lebih murah (jika) buat di Alor Setar, Kedah berbanding di Putrajaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) mempertikaikan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri akan diadakan di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu, dengan Kedah menjadi lokasi pertama esok.
Ditanya mengenai dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak dijemput ke majlis yang berlangung esok, Anwar berkata beliau difahamkan pihak penganjur sudah menghantar jemputan kepada Menteri Besar Kedah itu.
"Saya difahamkan (Muhammad Sanusi) dijemput...Tuanku (Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) akan berangkat (esok), jadi MB (Menteri Besar) pun dijemput," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata persiapan Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah yang akan berlangsung di Hotel Raia, Alor Setar esok amat baik, dan beliau dijadualkan meninjau persiapan akhir majlis berkenaan petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekarangan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh selepas beliau menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan hari ini. - Foto BERNAMA
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Ella.

Impak terhadap sokongan kepimpinan Anwar
Anwar berpeluang berjumpa dengan pimpinan negeri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Majlis Rumah Terbuka Madani bukan bermotif politik - Fahmi
Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimdi enam negeri bukan lah bermotifkan politik.

Rumah Terbuka Malaysia Madani untuk rakyat, bukan pembaziran - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran.

Rumah Terbuka Malaysia Madani tidak bermotifkan politik - KM Pulau Pinang
Penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak bermotifkan politik.

'Ini kempen PRN bukan rumah terbuka' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu saja lokasi iaitu di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya.

Rumah Terbuka Malaysia Madani, Kelantan tiada halangan - Ahmad Yakob
Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dengan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani yang bakal diadakan oleh Kerajaan Persekutuan di Kota Bharu pada 12 Mei depan.