ALOR SETAR: Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri di enam negeri tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), sebaliknya ia usaha kerajaan Persekutuan mendekati rakyat dan kepimpinan kerajaan negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penganjuran majlis sempena sambutan Aidilfitri di peringkat negeri itu dapat memberikan akses sebanyak mungkin kepada rakyat dari negeri berkenaan untuk hadir, berbanding jika dianjurkan di Putrajaya.
"Bukan semua orang dari negeri (lain) dapat berkunjung ke rumah terbuka ini jika ia diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, maka pilihan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk mendekati dan meraikan sebanyak mungkin rakyat.
"Malah, banyak acara peringkat kebangsaan juga dirancang untuk diadakan di luar Putrajaya bagi mencapai hasrat menguatkan kerjasama (dengan negeri-negeri termasuk dipimpin pembangkang) ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kritikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap majlis rumah terbuka itu yang dianggap sebagai program kempen PRN dan ia tidak wajar diadakan.
Muhammad Sanusi berkata ini kerana program itu melibatkan kos yang tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan langkah penjimatan, oleh itu majlis rumah terbuka Aidilfitri seharusnya diadakan di satu lokasi sahaja iaitu di Putrajaya seperti kelaziman sebelum ini.
Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata kerajaan Persekutuan komited untuk membuat perbelanjaan berhemah, sekali gus tiada isu pembaziran menerusi penganjuran majlis itu.
Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri akan dimulakan di Kedah pada 29 April ini, diikuti Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Selangor pada 14 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023
![Rumah Terbuka Malaysia MADANI usaha dekati rakyat, kerajaan negeri - Mat Sabu Rumah Terbuka Malaysia MADANI usaha dekati rakyat, kerajaan negeri - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682304497_TBmatsabu.jpg)
Mohamad Sabu berkata penganjuran majlis sempena sambutan Aidilfitri di peringkat negeri itu dapat memberikan akses sebanyak mungkin kepada rakyat dari negeri berkenaan untuk hadir. - Foto BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684450408_RumahTerbuka.jpg)
Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Ella.
![Impak terhadap sokongan kepimpinan Anwar Impak terhadap sokongan kepimpinan Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682810490_MajlisRumahTerbuka.jpg)
Impak terhadap sokongan kepimpinan Anwar
Anwar berpeluang berjumpa dengan pimpinan negeri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.
![Majlis Rumah Terbuka Madani bukan bermotif politik - Fahmi Majlis Rumah Terbuka Madani bukan bermotif politik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682758220_TBfahmi.jpg)
Majlis Rumah Terbuka Madani bukan bermotif politik - Fahmi
Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimdi enam negeri bukan lah bermotifkan politik.
![Rumah Terbuka Malaysia Madani untuk rakyat, bukan pembaziran - PM Anwar Rumah Terbuka Malaysia Madani untuk rakyat, bukan pembaziran - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682670717_TBANWAR.jpg)
Rumah Terbuka Malaysia Madani untuk rakyat, bukan pembaziran - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran.
![Rumah Terbuka Malaysia Madani tidak bermotifkan politik - KM Pulau Pinang Rumah Terbuka Malaysia Madani tidak bermotifkan politik - KM Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672662625_TBCHOW.jpg)
Rumah Terbuka Malaysia Madani tidak bermotifkan politik - KM Pulau Pinang
Penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak bermotifkan politik.
!['Ini kempen PRN bukan rumah terbuka' - Sanusi 'Ini kempen PRN bukan rumah terbuka' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682254071_SanusiPRN.jpg)
'Ini kempen PRN bukan rumah terbuka' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu saja lokasi iaitu di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya.
![Rumah Terbuka Malaysia Madani, Kelantan tiada halangan - Ahmad Yakob Rumah Terbuka Malaysia Madani, Kelantan tiada halangan - Ahmad Yakob](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682238443_TBAHMADYAAKOB.jpg)
Rumah Terbuka Malaysia Madani, Kelantan tiada halangan - Ahmad Yakob
Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dengan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani yang bakal diadakan oleh Kerajaan Persekutuan di Kota Bharu pada 12 Mei depan.