KUALA LUMPUR: Tiada mangsa yang terlibat di sekitar kawasan tanah runtuh di Bangsar Indah Condominium, Bangsar, di sini, semalam.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pihaknya bersama pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke lokasi terbabit untuk meninjau pergerakan tanah yang berlaku di sekitar kondominium tersebut semalam.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kejadian tersebut berlaku akibat hujan tanpa henti pada pagi Selasa yang menyebabkan kerosakan serta menjejaskan kemudahan di sekitar bangunan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menasihati penduduk sekitar kondominium tersebut untuk mengambil langkah berjaga sekiranya berlaku runtuhan tanah pada masa terdekat.
“Hujan lebat berlarutan telah menyebabkan pergerakan tanah di kawasan Bangsar Indah Kondominium, Kuala Lumpur runtuh. Kejadian yang berlaku pada pagi ini menyebabkan kerosakan dan menjejaskan fasiliti di sekitar bangunan ini.
“Saya serta pasukan KWP dan DBKL meninjau kawasan bencana sebentar tadi.
“Tiada kecederaan dilaporkan, namun langkah berjaga-jaga telah diambil buat para penduduk di kediaman ini untuk mengelakkan berlakunya lagi runtuhan tanah pada masa terdekat,” katanya dalam hantaran tersebut pada petang semalam.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 21 2021

Shahidan (dua kiri) melihat kawasan runtuhan tanah di sekitar Bangsar Indah Condominium, Bangsar, di Kuala Lumpur, pada Selasa. - Foto Facebook Shahidan Kassim
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Runtuhan di Bangsar Indah Condominium, tiada mangsa terlibat
Kejadian berlaku akibat hujan tanpa henti pada pagi Selasa, menyebabkan kerosakan dan menjejaskan kemudahan di sekitar bangunan.