KOTA BHARU: Jabatan Mufti Kelantan menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dan ia selari dengan amalan di negeri ini sejak sekian lama.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata, Kelantan mempunyai kekuatan Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
“Kita bersetuju dengan RUU Mufti kerana selari dengan yang Enakmen MAIK dan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
“Kedua-duanya mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah serta demikian juga RUU Mufti nanti akan sealiran dengan negeri ini,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Ahli Politik dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Komited Memperkasa Budaya Tolak Rasuah di Kompleks Kota Darulnaim.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri turut berbangga kerana amalan tersebut di Kelantan sudah difikirkan oleh ulama silam dan digunakan di negeri ini hingga sekarang.
“Saya berasa amat berbangga kerana datuk nenek kita sudah memperuntukkan perkara itu dan menjadi amalan di Kelantan,” katanya.
Tambahnya, pandangan mazhab banyak digunakan dari segi akademik tetapi dalam aspek penyelarasan untuk amalan pula, pandangan tidak dibuka luas dan mengambil yang muktabar iaitu tasawuf Imam Ghazali serta Imam Junaid.
“Bukan lihat aspek akademik, tetapi lihat dari segi amalan yang memerlukan satu penyelarasan untuk keharmonian masyarakat.
“Benda-benda lain pun begitulah, kita ambil satu atau dua untuk amalan, jika tidak masyarakat akan kacau,” katanya
Pada 2 Julai lalu, RUU tersebut dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
RUU itu dipinda bagi mengadakan peruntukan melibatkan mufti, penentuan mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara berkaitan.
RUU selainnya memperincikan fungsi dan peranan mufti dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan hukum-hakam agama serta tatacara mengeluarkan fatwa atau pendapat berhubung hukum syarak di mahkamah, selain penentuan arah kiblat.
Turut memperincikan badan Jawatankuasa seperti Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Rukyah Hilal, dan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang dipengerusikan oleh mufti. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 11 2024

Mohamad Shukri bercakap ketika ditemuramah pengamal media di Kota Darul Naim, Kota Bharu, hari ini. --fotoBERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Mufti Kelantan belum putuskan fatwa tentang ajaran GISB
Jabatan Mufti Negeri Kelantan masih mengumpul bukti yang boleh mengaitkan GISB sebagai kumpulan ajaran sesat sebelum memutuskan sebarang fatwa tentangnya.

RUU Mufti selari dengan amalan di Kelantan - Mufti
Katanya, Kelantan mempunyai kekuatan Enakmen MAIK serta Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Tidak sesuai berhujah Kanun Jenayah Syariah Kelantan gagal - Mufti
Mufti Kelantan berpendapat tidak sesuai untuk berhujah bahawa Kanun Jenayah Syariah gagal membendung kes jenayah berkenaan di negeri ini.

PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan
Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Perkhidmatan 'teman raya' adalah haram - Mufti
Mohamad Shukri berkata, Islam melarang umatnya membuat perkara yang tidak mempunyai makna dan sia-sia.

PRU15: Rumah ibadat zon aman daripada pengaruh parti politik - Mufti Kelantan
Jadikan rumah ibadat seperti masjid, surau dan musolla sebagai 'zon aman' daripada pengaruh parti politik, demikian ingatan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad kepada calon Pilihan Raya Umum k

Anak yang tertukar, wajib untuk tukar kembali bin/binti - Mufti Kelantan
Anak sebenar itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.

SOP tangani COVID-19 untuk kebaikan semua - Mufti Kelantan
Beliau berharap masyarakat tidak termakan dengan dakyah-dakyah pihak tertentu termasuk berkaitan SOP PKP dan suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Waktu Subuh di Kelantan dilewatkan 4 minit - Mufti
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan perubahan itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Dakwaan Mufti Kelantan kritikal adalah tidak benar
Pihak keluarga Mufti Kelantan menafikan viral di media sosial yang mengatakan Datuk Mohamad Shukri Mohamad kritikal akibat jangkitan COVID-19.