KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, rang undang-undang itu akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan.
Selain itu, Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 turut dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri hari ini.
Pada sesi jawab lisan pula, persoalan sekiranya kerajaan bakal melanjutkan pemberian moratorium kepada individu dan perusahaan serta memperkenalkan pemberian moratorium tanpa faedah terakru bakal dibangkitkan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) kepada Menteri Kewangan.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) pula meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan sekiranya kementerian mempunyai perancangan untuk menjadikan subjek pengurusan kewangan sebagai subjek mandatori di peringkat sekolah menengah bagi mengelak lebih ramai anak muda terdedah dengan masalah kewangan pada masa depan.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) bertanyakan Menteri Pengajian Tinggi mengenai langkah kerajaan dalam memastikan kelangsungan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang kebanyakannya dilaporkan memerlukan bantuan akibat tidak dapat beroperasi seperti biasa dalam tempoh 12 hingga 18 bulan ini disebabkan pandemik COVID-19.
Selain itu, Teo Nie Ching (PH-Kulai) pula meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bilakah bantuan bulanan RM1,000 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan orang kurang upaya (OKU) akan dilaksanakan.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari hingga 16 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021

Selain itu, Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 turut dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rasionalisasi subsidi antara disentuh dalam perbahasan Ahli Parlimen
Jimmy Puah berkata, pelaksanaan subdidi bersasar, akan memberi banyak penjimatan kepada kerajaan dalam aspek penguatkuasaan.

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Luar diluluskan
Sidang Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar, pada Selasa.

Tempoh genting PN belum berakhir
Tugas getir pastinya menanti Saifuddin yang dijangka berdepan kritikan peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu yang disifatkan terlalu besar.

Undi Belanjawan 2021 ditangguh ke Isnin?
Persoalan itu timbul selepas beberapa sumber memberikan pengesahan kepada pihak media.

Sistem e-dompet perlu diperluas, tingkat keselamatan
Senator Datuk Lee Tian Sing berkata sebagai contoh di China, transaksi digital berkenaan digunakan secara meluas dengan bantuan pengendali perkhidmatan seperti Ali Pay.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat dasar
Diumumkan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof selepas ia dibacakan dan diputuskan kali kedua melalui undian suara.