KUCHING: Selain membawa pulang kenangan indah yang dirakam sepanjang berada di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022, pengunjung boleh mengambil peluang membeli barangan kraf tangan di festival itu sebagai 'bukti' kehadirian mereka ke festival ikonik Sarawak itu.
Tinjauan Bernama mendapati kiosk barangan kraf tangan dan makanan turut menjadi tumpuan buat pengunjung, khususnya bagi mereka yang menghargai dan ingin mengetahui budaya daripada pelbagai kaum yang terdapat di Bumi Kenyalang.
Pengusaha kraf tangan bermotifkan manik Raben Beads, Danielle Lipang Lawai, 47, berkata menerusi RWMF yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan asing, ia dapat membantu pengusaha tempatan untuk mengetengahkan produk mereka.
"Manik ini sangat sinonim dengan suku kaum saya iaitu Kelabit. Kami memang menjadikan manik sebagai aksesori harian atau menghadiri upacara, jadi dari situ timbul minat saya untuk memodenkan aksesori manik ini dan mula menjualnya tujuh tahun lepas.
"Perniagaan saya semuanya dalam talian jadi acara sebegini memberi laluan kepada kami untuk buka kiosk. Ini tahun kelima saya menyertai RWMF dan saya rasa kehadiran penonton boleh tahan sejak tidak ramai pelancong datang berbanding tahun sebelum ini kerana pandemik COVID-19," katanya kepada Bernama.
Berasal dari Kampung Long Napir, yang terletak di Limbang, kira-kira 1,064 kiliometer (km) dari sini, ibu kepada dua orang anak itu berkata beliau membuat sendiri aksesori anting-anting dan rantai manik.
Lipang berkata semasa RWMF yang lepas, pendapatan beliau pernah mencecah RM5,000 dan festival sedemikian sememangnya membantu peniaga dalam talian sepertinya.
Selain daripada aksesori dan kraf tangan bermotifkan pua kumbu dan bakul anyaman, pengunjung festival ini juga boleh menikmati makanan masyarakat tempatan.
Orang ramai boleh menikmati makanan Bidayuh di reruai Awah Cafe yang terletak di luar Rumah Bidayuh, Kampung Budaya Sarawak yang menjadi tapak festival ini.
Rakan kongsi Awah Cafe, Ojong Simuh, 65, berkata menu seperti terung Dayak, ayam pansuh dan tempoyak goreng menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
"Saya menjangkakan kurang pengunjung tetapi setakat ini saya berpuas hati dengan jumlah yang datang. Memandangkan gerai saya berada di luar Baruk dan Rumah Bidayuh, orang ramai boleh mendapat pengalaman yang lebih baik tentang budaya Bidayuh.
"Memandangkan festival kali ini dibuat secara hibrid dan fizikal, kami menjangkakan pendapatan keseluruhan RM20,000 berbanding RM30,000 sebelum ini," katanya.
Bertemakan '25th Legendary Rainforest Celebration', festival yang bermula 17 hingga 19 Jun itu menampilkan penghibur dari pelbagai negara termasuk China, Australia, India, Singapura, Indonesia, Kanada, Estonia, Itali, Jepun, Madagascar, Amerika Syarikat dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
Bertemakan '25th Legendary Rainforest Celebration', festival yang bermula 17 hingga 19 Jun itu menampilkan penghibur dari pelbagai negara. - Foto rwmf.net
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
RWMF 2022 beri peluang kenali budaya Sarawak
Kiosk barangan kraf tangan dan makanan turut menjadi tumpuan buat pengunjung, khususnya bagi mereka yang menghargai budaya.
RWMF 2022: Kampung Budaya kembali bergema dengan alunan muzik dunia!
Antara yang bakal memeriahkan acara pembukaan malam pertama RWMF 2022 adalah Kevin Locke dari Amerika Syarikat, Dong Lusheng (China), Joey Ayala (Filipina), ASZA (Kanada) dan Trad Attack (Estonia).