KOTA KINABALU: Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel mulai esok.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian prosedur operasi standard (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0 dikekalkan.
Dalam kenyataan pada Isnin, Hajiji turut menambah, kerajaan negeri turut membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.
"Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan.
"Selain itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot," katanya.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, SOP Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Eleanor Michelle Patrick
Mon Jun 28 2021

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, SOP Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Kelab malam, karaoke dibenarkan di Sabah mulai esok tetapi tari-menari tidak boleh
Sabah kini membenarkan pengoperasian premis kelab malam dan karaoke berlesen mulai 14 Mei ini dengan tiga ketetapan prosedur operasi standard (SOP).

Bufet tidak dibenarkan di Sabah - Masidi
Hidangan bufet (layan diri) di semua premis restoran di negeri ini adalah tidak dibenarkan.

Sandakan benarkan dine-in di restoran mulai esok - Presiden MPS
Semua peniaga restoran dan gerai di Sandakan dibenarkan beroperasi secara dine-in mulai esok.

Sabah benarkan dine-in di restoran dan gunting rambut mulai esok
Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel mulai esok.