KOTA KINABALU: Sabah dalam usaha menarik penyertaan syarikat penerbangan Singapura untuk meneroka sekali gus meluaskan penerbangan terus ke Sandakan dan Tawau.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementeriannya akan mengemukakan cadangan kepada syarikat penerbangan untuk menambah laluan baharu ini dalam tempoh terdekat.
Dengan perkhidmatan penerbangan terus, beliau yakin prospek pelancongan yang besar dan permintaan tinggi sekali gus merancakkan industri itu di masa depan.
"Inisiatif tersebut diyakini dapat membantu meningkatkan kemasukan pelancong bukan sahaja dari Singapura malah daripada negara- negara luar yang lain berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi adalah salah sebuah pusat penerbangan utama di Asia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Jafry sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara) Singapura, Sim Ann.
Tambah beliau, kementeriannya menerusi Lembaga Pelancongan Sabah juga giat menjalankan business to business (B2B) dan business to customer (B2C) dalam meningkatkan promosi pelancongan kepada pelancongan antarabangsa.
Astro Awani
Fri Jun 10 2022

Jafry (kiri) berbincang dengan Sim Ann dalam pertemuan pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong tahun ini
Dalam mencapai sasaran itu, kerajaan negeri Sabah menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.

Sabah sedia bekerjasama dengan Batik Air buka laluan penerbangan ke Indonesia
Kerajaan Sabah bersedia bekerjasama dengan syarikat penerbangan Batik Air untuk membuka laluan penerbangan ke Indonesia dalam usaha membangunkan negeri itu sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

Sabah lulus RM9.5 juta untuk sektor pelancongan
Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM400,000 kepada persatuan kebudayaan untuk aktiviti kebudayaan, kesenian dan bahasa.

Sabah khuatir kenaikan harga tiket penerbangan jejas usaha pulih pelancongan
Sekiranya harga tiket tidak berpatutan dan melambung tinggi, ia akan menjejaskan jumlah kehadiran pelancong ke Sabah.

STB, Tourism Malaysia bekerjasama dalam promosi pelancongan domestik, antarabangsa
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi melaksanakan rancangan promosi pelancongan untuk pasaran domestik dan antarabangsa

Minta perolehan sektor pelancongan dinilai semula - Shafie Apdal
Kerajaan Negeri meminta supaya hasil perolehan dalam sektor pelancongan di Sabah untuk dinilai semula.