KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini melancarkan minyak masak keluaran tempatan baharu jenama 'Sayang' dalam usaha memastikan bekalan mencukupi di negeri ini selain membolehkan rakyat membelinya pada harga yang berpatutan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata produk keluaran Sawit Kinabalu Sdn Bhd yang juga syarikat berkaitan kerajaan negeri, akan memasuki pasaran di seluruh Sabah dalam masa terdekat.
Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu berkata minyak masak itu dikeluarkan oleh anak syarikat Sawit Kinabalu, Kunak Edible Oil Sdn Bhd (KEOSB).
"Sawit Kinabalu akan mencari ejen untuk mengedarkannya yang kita berharapkan ini dapat memastikan bekalan minyak masak yang mencukupi di Sabah.
"Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan rakyat memandangkan kekurangan bekalan serta harganya yang tinggi sejak kebelakangan ini," katanya ketika melancarkan produk itu di sini, hari ini.
Minyak masak itu dikeluarkan dalam pek 1 kilogram serta botol 2 kilogram dan 5 kilogram dengan harga yang lebih murah berbanding jenama lain di pasaran.
Harga minyak masak tanpa subsidi bagi 2 kilogram itu adalah RM13.20 sebotol, 5 kilogram pada harga RM31.00 manakala bersubsidi bagi pek 1 kilogram pula RM2.50, katanya.
Hajiji berkata kapasiti pengeluaran bulanan syarikat itu mencecah 150 tan untuk minyak masak bersubsidi dan 100 tan bagi tanpa subsidi.
Produk minyak masak lain kerajaan Sabah adalah jenama Bess keluaran syarikat Benta Wawasan di Tawau, jenama Gold keluaran Syarikat Intipati Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Onsoi yang dikeluarkan oleh kilang di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (depan, dua kiri) ketika melancarkan minyak masak sawit jenama Sayang daripada Sawit Kinabalu di Anjung Selera Likas hari ini. - Foto BERNAMA
Tahun Baharu Cina: Singapura jangka trafik sesak di pusat pemeriksaan darat
Terdapat jangkaan kelewatan, selain mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen dari 24 Januari hingga 2 Februari.
Harga Bitcoin melebihi AS$109,000 buat pertama kali dalam sejarah
Bitcoin direkodkan pada harga AS$107,646.76 di platform dagangan mata wang kripto terbesar, Binance, mencerminkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus untuk hari itu.
Agenda AWANI #WEF25: Krisis dunia | Bukan tiada solusi, manusia yang gagal mengurus?
Impak peperangan, perubahan iklim dan pelbagai lagi isu-isu global bukannya tidak boleh dicari solusinya tetapi manusia yang gagal mengurus? Diskusi 830mlm ini.
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU: Mangsa dalam keadaan stabil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Sabah lancar minyak masak tempatan jenama 'Sayang'
Kerajaan Sabah melancarkan minyak masak keluaran tempatan baharu jenama 'Sayang' dalam usaha memastikan bekalan mencukupi di negeri itu.