KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini melaksanakan projek perintis bas elektrik pertama dengan menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada orang awam sebagai usaha menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.
Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Mohd Shukor Abdul Mumin berkata, perkhidmatan bas elektrik atau dikenali sebagai e-BusKK adalah sebahagian daripada projek perintis selama enam bulan dan orang ramai boleh merasai menaiki kemudahan pengangkutan berkenaan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu bermula dengan laluan antara Sepanggar, Menara Kinabalu dan ke pusat bandar.
"Selain menyediakan perjalanan mesra alam, e-BusKK dengan kapasiti sehingga 54 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU) atas kerusi roda kerana dilengkapi dengan tanjakan menaiki kenderaan.
"Ia turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan penumpang, sistem kedudukan global (GPS) dan sistem pemantauan pemandu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan pertama e-BusKK di sini hari ini yang disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya.
Mohd Shukor berkata projek perintis itu dilaksanakan bagi menilai kemampanan perkhidmatan bas elektrik di Sabah.
"Buat masa ini kita hanya menggunakan satu bas sahaja dan ini hanyalah permulaan untuk mengukur kebolehpercayaan bas elektrik berkenaan dalam menyokong pengangkutan awam sedia ada serta kita akan mendapatkan maklum balas daripada pengguna mengenai perkhidmatan bas tersebut. Bas berkenaan dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga elektrik dan perkhidmatan e-BusKK adalah antara inisiatif mengurangkan pelepasan karbon di Kota Kinabalu menjelang 2050.
"Untuk mencapai sasaran menjadi negara neutral karbon menjelang 2050, semua orang perlu terlibat. Harapan kami ialah perkhidmatan bas elektrik akan diperluaskan ke daerah lain di seluruh Sabah," katanya.
Mohd Shukor berkata selepas projek perintis itu, pengangkutan bas elektrik berkenaan dijangka mula beroperasi dengan lima hingga 20 bas pada tahun hadapan.
Katanya, pengenalan bas elektrik berkenaan adalah hasil kerjasama antara QSB dengan Gemilang Coachwork Sdn Bhd, satu daripada pengeluar bas elektrik dan badan bas aluminium terkemuka di Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022

e-BusKK dengan kapasiti sehingga 54 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga tua dan OKU atas kerusi roda. - Facebook Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.

Komitmen global GVT ke arah kelestarian alam
Bagi memperkasa sektor tenaga hijau negara, syarikat pengedar kenderaan EV tempatan, Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd (GVT) mengorak langkah menguasai pasaran bas elektrik.

Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei
Bas elektrik (EV) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan beroperasi bagi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini.

Sabah lancar projek perintis bas elektrik, percuma kepada orang awam
e-BusKK dengan kapasiti sehingga 54 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga tua dan OKU atas kerusi roda.

Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050
DBKL telah membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh daripada pengeluar bas, SKSBus, yang akan diperolehi secara berperingkat.

Sabah lancar projek rintis bas elektrik hujung tahun ini
Ia akan menjadi alternatif yang berdaya maju dan memastikan pengangkutan awam negeri berada di landasan yang betul.

Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini
Di bawah projek itu, WHS yang juga cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah, dijangka menerima 100 hingga 200 unit bas elektrik tersebut.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Medan Quantum labur RM20 juta bagi projek pembuatan bas elektrik
Pelaburan itu akan digunakan untuk menghasilkan prototaip, membeli robot (robotic arms) , komputer dan mesin berteknologi tinggi

Bas hidrogen di Kuching bukan mimpi, tapi realiti
Penggunaan bas elektrik dan hidrogen di Sarawak bukan sekadar mimpi kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.