SANDAKAN: Kerajaan Sabah bercadang mempromosikan satu segmen pelancongan yang di luar kebiasaan dengan sasarannya ialah pelancong yang kuat semangat.
Mengulas perkara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata segmen tersebut melibatkan kawasan "berhantu" yang sering dikaitkan dengan lokasi bersejarah di negeri berkenaan.
"Sekarang ini di seluruh dunia, ada sejenis segmen 'dark tourism' yang menyasarkan kelompok tertentu dan ramai yang berminat tentang segmen ini.
"Namun segmen ini memerlukan seseorang yang berani, justeru mereka yang lemah semangat, jangan cuba-cuba (menyertai aktiviti ini)," katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Agnes Keith, di sini hari ini.
Jafry berkata Jabatan Muzium Sabah menawarkan produk baharu itu bagi menarik lebih ramai pelawat mengunjungi Rumah Agnes Keith, khususnya mereka yang berminat dalam aktiviti paranormal, untuk bermalam di kediaman tinggalan zaman kolonial British tersebut.
"Lokasi ini (Rumah Agnes Keith) merupakan kediaman bersejarah semasa era pentadbiran British dan antara tarikan pelancong di Sandakan. Bangunan ini merupakan mercu tanda kewujudan kuasa Barat di Sabah dan tempat ini harus dijaga sebaik mungkin kerana sudah menjadi sebahagian daripada warisan Sabah," katanya.
Penolong Kurator Muzium Sabah Safinah Yusop berkata rancangan untuk menjadikan Rumah Agnes Keith sebagai produk pelancongan akan dibentang kepada kementerian berkenaan dalam masa terdekat.
Diharapkan produk ini dapat ditawarkan sebaik sahaja Sabah membuka semula sempadannya kepada pelawat antarabangsa, katanya, menambah pelawat boleh memilih berkhemah di luar bangunan atau membawa beg tidur dan bermalam di dalam rumah, selepas membayar caj tertentu.
"Idea ini tercetus selepas pelancong asing memberitahu mereka diselubungi perasaan seram sebaik sahaja memasuki rumah itu, namun tiada seorang pun yang mengaku ternampak (hantu).
"Kisah mengenai hantu di rumah itu hanya tersebar dalam kalangan penduduk setempat. Ada yang kata mereka nampak seseorang mengintai dari tingkap, manakala yang lain pula kata ternampak wanita di atas bumbung rumah," katanya.
Rumah Agnes Keith dinamakan bersempena seorang penulis Amerika Syarikat yang dikenali menerusi autobiografi beliau semasa tinggal di Sandakan bersama suaminya, Harry Keith, seorang pemulihara hutan berbangsa Inggeris, pada 1930-an. Dalam karyanya itu, beliau menceritakan tentang penampakan lembaga serta insiden-insiden misteri di rumah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021

Rumah Agnes Keith antara lokasi dipromosikan untuk mereka yang berminat dalam aktiviti paranormal. - Gambar/ Facebok Elsie A. James

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Kellie's Castle ketengah 'Mr Gopal', teroka potensi 'dark tourism'
Naratif yang kerap dikongsikan susulan lawatan ke Kellie's Castle ialah 'keunikan' pengalaman ketika berada di situ, terutama menjelang senja.

Sabah mahu promosi kawasan 'berhantu' tarik pelancong
Kerajaan Sabah bercadang mempromosikan satu segmen pelancongan yang di luar kebiasaan dengan sasarannya ialah pelancong yang kuat semangat.

Semakin menjadi pilihan pelancong... Apa itu 'dark tourism'?
Destinasi yang dikunjungi pasti pernah mencatat sejarah tersendiri, sama ada pernah mengorbankan banyak nyawa kerana sesuatu tragedi