KOTA KINABALU: Masa depan tadbir urus tempatan di Sabah dijangka dibentuk bergantung kepada usaha meningkatkan autonomi, penerimaan terhadap transformasi digital, menggalakkan kemampanan serta memastikan tadbir urus yang inklusif dan berlandaskan penyertaan.
Timbalan ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata dengan menangani aspek berkenaan, Sabah mampu membina masa depan yang berdaya tahan, saksama dan sejahtera untuk masyarakatnya dan keberkesanan terhadap usaha itu bersandarkan kepada kerjasama berterusan antara pihak berkuasa tempatan, kerajaan Persekutuan, sektor swasta dan rakyat.
Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata tadbir urus yang baik bergantung kepada keupayaan untuk memikul tanggungjawab terhadap pentadbiran dan rakyat.
"Prosedur tadbir urus paling berkesan apabila ia melibatkan penyertaan, tanggungjawab, telus, cekap, inklusif dan patuh kepada kedaulatan undang-undang," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Masa Depan Tadbir Urus Tempatan: Trend dan Transformasi anjuran Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS) dan Konrad Adenauer-Stiftung (KAS).
Dr Joachim berkata kementeriannya bersama-sama kementerian, jabatan dan agensi lain berazam meningkatkan keberkesanan tadbir urus kerajaan tempatan, menambah baik keadaan perumahan dan memastikan pembangunan yang mampan dan inklusif di seluruh negeri.
Menurutnya menerusi inisiatif itu, kementeriannya berusaha mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih baik kepada semua penduduk dan pada masa sama menggalakkan pembangunan sosioekonomi Sabah.
"Sebagai sebahagian daripada usaha ke arah mencapai aspirasi SMJ (Sabah Maju Jaya), idea untuk membangunkan Bandar Pintar di lokasi popular di Sabah telah dilaksanakan secara serius sejak 2021. Inisiatif untuk mewujukan ekosistem ekonomi digital yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat turut menjadi keutamaan," katanya.
Beliau berkata Smart Sabah Corporation Sdn Bhd telah dilantik di bawah bidang kuasa Jabatan Ketua Menteri untuk menyelia inisiatif ke arah pendigitalan Sabah.
"Tahun lepas, kerjasama antara kerajaan negeri dan Huawei Technologies telah dimeterai bagi memulakan pelaksanaan perkhidmatan digital untuk kerajaan, perniagaan dan komuniti," katanya.
Dr Joachim berkata beliau percaya tujuan seminar itu adalah untuk memahami, berkongsi pengetahuan dan bertukar maklumat mengenai bagaimana trend dan transformasi tadbir urus tempatan berlaku pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Dr Joachim berkata, tadbir urus yang baik bergantung kepada keupayaan untuk memikul tanggungjawab terhadap pentadbiran dan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

BAM ucap terima kasih kepada SPRM, komited tingkat aspek tadbir urus
BAM nyatakan komitmen untuk meningkatkan aspek tadbir urus persatuan itu dengan menerima dan melaksanakan cadangan yang dikemukakan SPRM.

RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data
Kerjasama awam-swasta dijangka akan dipertingkat dengan kelulusan RUU itu, apabila infrastruktur data akan bersambung dengan baik.

Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.

LHDN gesa lebih banyak syarikat sertai Program TCG, mantapkan pengurusan cukai
LHDN menggesa lebih banyak syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan, untuk menyertai Program TCG bagi memantapkan pengurusan cukai syarikat mereka.

MetMalaysia kesan penipuan permohonan perolehan palsu
MetMalaysia mengesan kegiatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai kakitangan jabatan itu untuk membuat permohonan perkhidmatan dan bekalan tidak wujud.

KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.

PAC syor KPT guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
PAC berpendapat KPT boleh mempertimbang pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.

Isu HRD Corp hangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat
Isu tadbir urus HRD Corp menghangatkan sesi perbahasan usul laporan itu pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Sabah mampu bina masa depan berdaya tahan, saksama dan makmur - Dr Joachim
Dengan menangani aspek berkenaan, Sabah mampu membina masa depan yang berdaya tahan, saksama dan sejahtera untuk masyarakatnya.

Tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 - Saarani
Saarani mengumumkan penambahan tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu Pembangunan Sosial, Kelestarian Alam dan Biodiversiti serta Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.