KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Sabah akan mengumumkan sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh 'total lockdown' dalam masa yang terdekat.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, keputusan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara adalah perlu bagi membendung peningkatan jangkitan COVID-19, termasuk di negeri itu.
"Kerajaan negeri Sabah menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan melaksanakan total lockdown selama dua minggu mulai 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 sesuai dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada petang Jumaat," katanya.
BACA: 'Total lockdown' seluruh negara bermula 1 Jun - Perdana Menteri
Ujarnya, kebenaran beroperasi bagi sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu akan dimaklumkan dalam garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak lama lagi.
Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari.
Muhyiddin, dalam satu kenyataan malam ini berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.
Katanya, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
Astro Awani
Fri May 28 2021

Hajiji berkata, kebenaran beroperasi bagi sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu akan dimaklumkan dalam garis panduan SOP tidak lama lagi. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MITI jamin tiada lagi penutupan sektor ekonomi
MITI akan turut memastikan kumpulan peniaga juga tidak akan berdepan impak ekonomi sehingga memaksa beberapa sektor perniagaan terpaksa gulung tikar.

Lockdown di China? Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi, kebajikan rakyat - Khairy
Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk mengikut jejak langkah China yang melaksanakan perintah berkurung di Yuzhou selepas tiga kes postif COVID-19 dikesan bandar raya itu.

Lockdown? - "Don't mention the 'L' word", tegas Khairy
"Don't mention the 'L' word," tegas Khairy Jamaluddin ketika ditanya sama ada kerajaan akan pertimbangkan untuk melaksanakan 'lockdown' memandangkan varian Omicron semakin menular dalam negara.

'Lockdown' bukan penyelesaian kepada Omicron - WHO
Pelaksanaan total lockdown atau perintah berkurung bukan satu penyelesaian bijak kepada penularan varian baharu COVID-19, Omicron..

COVID-19: Najib cadang 'circuit breaker' di negeri catat peningkatan kes
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan melaksanakan circuit breaker atau lockdown ketat dan singkat antara lima dan tujuh hari sekiranya kes COVID-19 meningkat semula.

Kestabilan pasaran buruh pada Q1 2021 dijangka berterusan ke Q2 2021
Ini berdasarkan kadar pengangguran yang tidak berubah dan kekal stabil pada kadar purata 4.8% untuk suku pertama 2021 dan suku keempat 2020.

Tokyo 2020: Di sebalik tangisan, Dhabitah pamer semangat juang tinggi
Dhabitah menamatkan final acara tiga meter papan anjal individu wanita di Tokyo Aquatics Centre di kedudukan keempat.

Total lockdown bukan penyelesaian, patuh SOP dan tingkatkan kadar vaksinasi - Masidi
Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat.

Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama 'terkorban' akibat COVID-19 - Dr Noor Hisham
Bermula 1 Jun 2021 sehingga data terkini 16 Julai 2021, sebanyak 267 kluster komuniti dengan jumlah 17,106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.

COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.