PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mencadangkan supaya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di masukkan dalam Pasukan Petugas Myanmar bagi menyelaras dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke negara itu.
Beliau berkata keanggotaan pasukan petugas itu perlu diperkukuhkan dengan penglibatan organisasi antarabangsa berpengalaman seperti ICRC untuk menjadikan kerja-kerja pasukan itu lebih bermakna dan telus.
Menurut beliau, walaupun Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre) turut terlibat dalam pasukan berkenaan, namun organisasi itu sendiri mengakui bahawa mereka kurang pengalaman menghantar bantuan ke tempat-tempat konflik seperti Myanmar.
"AHA centre ada pengalaman hantar bantuan ke tempat bencana seperti banjir dan gempa bumi, tetapi ini kawasan pertelingkahan melibatkan tembak menembak dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada sambutan 50 tahun Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Malaysia, di sini, hari ini.
Menjelas lanjut, Saifuddin berkata Pasukan Petugas Myanmar itu ditubuhkan susulan Mesyuarat Perundingan mengenai Bantuan Kemanusiaan ASEAN kepada Myanmar dipengerusikan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar Prak Sokhonn pada 6 Mei lepas.
"Ada dua proses, pertama adalah membuat penilaian tentang status semasa apa yang diperlukan dan siapa yang perlu bantuan dan diikuti dengan penyampaian bantuan," katanya.
Saifuddin berkata, satu sesi khas berkaitan status dan keadaan di Myanmar juga akan diadakan pada Ahad ini semasa Dialog Shangri-La di Singapura yang turut melibatkan Duta Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar Dr Noeleen Heyzer bagi membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) mengenai krisis di negara itu.
5PC itu adalah: menamatkan keganasan; mengadakan perbincangan konstruktif dengan semua pihak berkepentingan; ASEAN menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar; pelantikan duta khas ASEAN untuk melaksanakan rundingan; dan utusan khas terbabit dibenarkan melawat negara itu.
Sebelum ini, sebanyak 765 organisasi masyarakat di Myanmar dan antarabangsa mengeluarkan kenyataan menyuarakan kebimbangan mengenai pasukan petugas bagi menyelaras dan menyampaikan bantuan kemanusiaan itu yang diketuai oleh junta Myanmar dan menggesa semua pihak berkepentingan turut terlibat.
Bagaimanapun, pasukan itu memberi jaminan akan melakukan yang terbaik bagi memastikan bantuan kemanusiaan yang disediakan oleh ASEAN akan sampai kepada komuniti terjejas.
Sementara itu, dalam ucaptamanya, Saifuddin berkata sejak 50 tahun lepas, ICRC telah mengendalikan pelbagai latihan, kursus bina kapasiti, seminar meningkatkan keupayaan, wujudkan pakar-pakar tempatan dan tingkatkan kesedaran akan undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Malaysia.
Beliau berkata Malaysia menghargai usaha berterusan yang ditunjukkan oleh ICRC dalam mencari kaedah-kaedah baharu untuk memperjuang dan perkukuh pelaksanaan serta promosi undang-undang kemanusiaan antarabangsa di negara ini.
"Saya juga gembira untuk mengetahui yang Wisma Putra dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah meningkatkan pembabitan bersama ICRC baru-baru ini, dengan memberi pendedahan kepada diplomat muda akan operasi global dan akan undang-undang kemanusiaan sebelum mereka ditugaskan di luar negara," katanya.
Menurut beliau lagi, ini mungkin sangat berguna di masa depan, kerana diplomat-diplomat Malaysia mungkin hadapi situasi kemanusiaan di luar negara atau terpaksa bergantung kepada kepakaran, jaringan serta sumber-sumber ICRC dalam situasi-situasi mencabar.
Turut hadir dalam acara hari ini ialah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, yang juga merupakan pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS); Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon; Pengarah Serantau ICRC bagi Asia dan Pasifik, Christine Cipolla; dan Ketua Delegasi Serantau ICRC di Kuala Lumpur, Biljana Milosevic.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berucap pada Majlis Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Menteri Luar Malaysia, Turkmenistan adakan perbincangan menjelang lawatan presiden
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah bertemu rakan sejawatnya dari Turkmenistan, Rashid Meredow, bagi membincangkan isu-isu dua hala yang menjadi kepentingan bersama.

Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

Argentina lantik Menteri Luar baharu selepas undian PBB mengenai sekatan terhadap Cuba
Duta Argentina ke Amerika Syarikat Gerardo Werthein dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu, kata jurucakap presiden Manuel Adorni.

Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar
Menjadi tugas dan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, untuk kita menguruskan isu Myanmar, kata Menteri Luar.

Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra
Andorra ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai akses laut, terletak di pergunungan Pyrenees antara Sepanyol dan Perancis.

UNGA79: Menteri Luar Mohamad Hasan tiba di New York
Mohamad dijadual menyampaikan Kenyataan Negara sempena UNGA ke-79 pada 28 September ini.

Abbas Araqchi dilantik sebagai menteri luar baharu Iran
Parlimen Iran meluluskan pelantikan Seyyed Abbas Araghchi sebagai Menteri Luar baharu negara itu, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Turkiye sasar jadi rakan dialog ASEAN - Menteri Luar
Ankara menyasarkan untuk menjadi rakan dialog Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

AMM/PMC: Menteri Luar Malaysia bincang dengan rakan rejawat dari Britain, Norway dan Kanada
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu dengan Setiausaha Luar British David Lammy di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM/PMC) p

Blinken dijadual adakan pertemuan dengan Wang Yi di Laos
Isu berkenaan situasi dan konflik di Myanmar mendominasi perbincangan dalam beberapa siri pertemuan Menteri Luar ASEAN.