KANGAR: Sepasukan saintis yang menyertai Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Perlis menemukan labah-labah daripada spesies 'tribes spider' dan cicak 'Cyrtodactylus zebraicus' di Hutan Simpan Negeri Perlis.
Ketua penyelidik ekspedisi itu Prof Madya Amirrudin Ahmad berkata labah-labah berkenaan merupakan spesies endemik dan hanya terdapat di negeri ini.
"Labah-labah ini merupakan spesies baharu yang pertama kali dijumpai dan kita dalam proses memberi nama," katanya kepada pemberita pada Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Perlis (Hutan Simpan Bukit Bintang) di sini malam tadi.
Seminar dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Ridza Awang itu turut dihadiri Exco Alam Sekitar Perlis Megat Hashirat Hassan dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni.
Amirrudin yang juga Pengarah Institut Bioversiti Tropika dan Pembangunan Lestari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata ekspedisi berkenaan dijalankan pada 17 hingga 20 Oktober tahun lepas.
"Di Malaysia cicak berkenaan pula hanya terdapat di Perlis, dipercayai berasal dari Thailand dan masuk ke negara ini menerusi Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan Thailand," katanya dan menambah cicak itu lazimnya ditemukan di tanah pamah dan hutan separa daun luruh.
Sementara itu, Mohd Ridza berkata penemuan spesies berkenaan yang didokumentasikan mampu menarik peminat hidupan liar datang ke negeri ini sekali gus sebagai tarikan ekopelancongan.
"Sebagai contoh peminat burung akan datang ke sini (Perlis) apabila mendapat maklumat bahawa terdapat spesies burung yang mereka minati atau jarang dijumpai, " katanya.
Beliau berkata pihaknya sentiasa berusaha menganjurkan ekspedisi saintifik bagi tujuan dokumentasi kandungan kepelbagaian biologi yang ada dalam kawasan hutan.
"Sehingga kini Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan 42 siri ekspedisi saintifik di seluruh negara dan setiap ekspedisi itu akan disusuli dengan seminar saintifik bagi membolehkan pengkaji membentangkan penemuan mereka mengikut kepakaran masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Cicak berkenaan hanya terdapat di Perlis, dipercayai berasal dari Thailand dan masuk ke negara ini menerusi Banjaran Nakawan. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Spesies tenggiling baharu, 'Manis mysteria' ditemui di China
Penyelidik China telah menemui spesies tenggiling baharu berdasarkan data genomik yang dikumpul daripada sisik tenggiling.

Saintis jumpa spesies baharu labah-labah, cicak di Perlis
Penemuan spesies berkenaan mampu menarik peminat hidupan liar datang ke negeri ini sekali gus sebagai tarikan ekopelancongan.

Zoo Taiping & Night Safari terima kelahiran anak gajah Malaysia
Kelahiran itu menjadikan Zoo Taiping & Night Safari sebagai salah satu zoo yang berjaya membiak gajah Malaysia dengan jayanya.

Tiram di muara Sungai Muar disahkan spesies baharu, tidak terdapat di kawasan lain dunia
Spesies itu dikenali sebagai tiram putih dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan kerana isinya yang berwarna putih.

Spesies baharu dinosaur ditemui di Mexico
Haiwan itu digelar Tlatolophus Galorum di mana ia pertama kali ditemui di wilayah General Cepeda, utara Coahuila pada 2013.

Cicak hutan Borneo yang jarang ditemui kini dipamer di Zoo Prague
Spesies tersebut sangat sensitif pada elemen di persekitarannya dan seriong menjadi buruan sindiket penyeludupan haiwan liar antarabangsa.

Sultan Johor perkenan nama spesies semut baharu 'Echinopla Tunku-Abduljalilii'
Spesies baharu itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis.