KUALA LUMPUR: Sambutan hari lahir bersama cucu menjadi kenangan terakhir buat Lokman Marni apabila dua cucunya maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.
Lokman, 57, berkata Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, hadir majlis hari lahirnya di Sabak Bernam, Selangor pada 26 Dis lepas.
"Itu kali terakhir saya berjumpa dengan mereka. Mereka berkelakuan seperti biasa serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
BACA: Dua beradik maut rumah terbakar
Lokman berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian kebakaran itu oleh anak perempuannya pada 4 pagi tadi.
Menurutnya dia kemudian bergegas ke lokasi sebelum bertemu anaknya yang berada dalam keadaan tidak bermaya kerana terlalu sedih dengan insiden itu.
"Anak saya sedang sarat mengandung anak ketiga tidak dapat masuk ke dalam rumah...dia cedera di kaki kerana terkena kaca dan kemudian dibawa ambulans ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya.
Lokman berkata ketika kejadian, anaknya yang berusia 28 tahun dan suami, 30 tahun, keluar makan kira-kira 3 pagi dan meninggalkan dua anak mereka di dalam rumah.
Katanya, cucu perempuannya mempunyai penyakit asma dan kedua-duanya disifatkan sebagai manja dalam kalangan ahli keluarga.
Dalam kejadian awal pagi tadi, Nur Syaza Alfisya dan Muhammad Al Qayyum ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi sebelum 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak ke lokasi kejadian.
Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan mayat kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi tadi sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023

Dalam kejadian awal pagi tadi, Nur Syaza Alfisya dan Muhammad Al Qayyum ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian. - Gambar fail

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Sambutan hari lahir jadi kenangan terakhir bersama cucu
Sambutan hari lahir bersama cucu menjadi kenangan terakhir buat Lokman Marni apabila dua cucunya maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Gombak
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran bilik tidur di sebuah rumah di Kampung Changkat Damai, Gombak pagi tadi.