Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) akan menyambut kepulangan Mohd Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 sebagai wira.
Pengurus pasukan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata pihaknya juga sedia mempertimbangkan untuk mengadakan perarakan di seluruh negeri sempena kemenangan bersejarah Mohd Faiz merangkul anugerah berprestij itu di Zurich, Switzerland awal pagi ini.
Menurutnya, FAP juga akan turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi menyambut kepulangan Mohd Faiz yang dijangka tiba pada pukul 7 malam esok.
Zairil berkata berdasarkan pencapaian Mohd Faiz yang cukup besar pada negara, kemungkinan besar majlis sambutan beliau tidak berakhir di lapangan terbang itu sahaja.
"Saya rasa dari segi sambutan, perarakan di seluruh Pulau Pinang akan dipertimbangkan. Sudah tentu kami akan menyambut beliau dengan penuh rasa bangga," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Faiz, 29, menerima pengiktirafan terbaik dalam kariernya selepas membuat jaringan paling cantik sepanjang 2016, hasil keunikan sepakan percuma ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Feb lepas.
Beliau juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama menerima pengiktirafan itu sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama kelab Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negaranya.
Mohd Faiz mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi Ronaldo pada 2009.
Sebelum muncul sebagai tiga finalis penjaring gol tercantik dunia, Mohd Faiz turut mengenepikan saingan daripada pemain terkemuka dunia seperti Lionel Messi dari Argentina dan Neymar dari Brazil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2017
![Sambutan meriah nanti kepulangan Faiz malam esok Sambutan meriah nanti kepulangan Faiz malam esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41484000351_FaizSubri.jpg)
FAP akan menyambut kepulangan Mohd Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 sebagai wira. - Gambar REUTERS/Ruben Sprich
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Jersi baharu skuad bola Pulau Pinang musim 2019/2020 diperkenal Jersi baharu skuad bola Pulau Pinang musim 2019/2020 diperkenal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81548193866_PulauPinang.jpg)
Jersi baharu skuad bola Pulau Pinang musim 2019/2020 diperkenal
Amar Pritpal berkata jersi baharu tersebut akan digunakan oleh ketiga-tiga pasukan di bawah naungan FAP iaitu skuad Piala Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia.
![PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41527997098_PERSATUANPEMAIN.jpg)
PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen
PFAM mahu pastikan masalah seperti tunggakan gaji, kontrak dan perjalanan karier pemain dalam bola sepak akan terjamin.
![Segala masalah dalam FAP akan diselesaikan segera Segala masalah dalam FAP akan diselesaikan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51514909208_ZainalAbidinHassan.jpg)
Segala masalah dalam FAP akan diselesaikan segera
Segala pemasalahan yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) akan diselesaikan segera bagi memastikan kejayaan pasukan Harimau Kumbang musim ini.
![FAP tolak peletakan jawatan Zairil sebagai presiden FAP tolak peletakan jawatan Zairil sebagai presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71507739365_FAP.jpg)
FAP tolak peletakan jawatan Zairil sebagai presiden
Datuk Gary Nair menyifatkan keputusan Zairil meletak jawatan itu tiga hari lalu, sebagai tindakan tergesa-gesa kerana menyebabkan pengurusan dan pentadbiran FAP dalam keadaan tidak menentu.
![Zairil letak jawatan Presiden FAP Zairil letak jawatan Presiden FAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71441245406_ZairilKhirJohari.jpg)
Zairil letak jawatan Presiden FAP
Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.
![FAP lantik Zainal Abidin untuk selamatkan Harimau Kumbang FAP lantik Zainal Abidin untuk selamatkan Harimau Kumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61483540725_ZainalAbidinHassan.jpg)
FAP lantik Zainal Abidin untuk selamatkan Harimau Kumbang
FAP melantik bekas jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang dalam usaha menyelamatkan pasukan itu.
![Westwood dipecat dari jawatan jurulatih Pulau Pinang Westwood dipecat dari jawatan jurulatih Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61487937542_AshleyWestwood.jpg)
Westwood dipecat dari jawatan jurulatih Pulau Pinang
Kontrak ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood, ditamatkan serta merta oleh FAP susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang.
![Penyokong Pulau Pinang desak jurulatih dipecat Penyokong Pulau Pinang desak jurulatih dipecat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61487937542_AshleyWestwood.jpg)
Penyokong Pulau Pinang desak jurulatih dipecat
Para penyokong skuad Harimau Kumbang mendesak agar FAP memecat Ketua Jurulatih, Ashley Westwood kerana gagal memberi sebarang kemenangan kepada pasukan mereka.
![FAP janji pastikan insiden kekecohan tidak berulang FAP janji pastikan insiden kekecohan tidak berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81486872155_PulauPinangBatuKawan.jpg)
FAP janji pastikan insiden kekecohan tidak berulang
Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) hari ini meluahkan rasa kecewa dengan kekecohan yang berlaku di Stadium Negeri Batu Kawan malam tadi dan berjanji akan memastikan insiden serupa tidak berulang.
![Pulau Pinang perkenal jersi baharu musim 2017/2018 Pulau Pinang perkenal jersi baharu musim 2017/2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41484315601_jersiPulauPinang.jpg)
Pulau Pinang perkenal jersi baharu musim 2017/2018
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu pasukan berkenaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2017 selepas menjalinkan kerjasama dengan Legea.