IPOH: Majuperak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB) berjaya menyelesaikan 90 peratus isu kutipan sampah tertunggak atau ‘backlog’ setakat tengah hari semalam.
Menurut MUMSB, pihaknya menjangkakan isu berkenaan akan selesai esok (Jumaat), sekali gus operasi kutipan sampah domestik akan kembali normal mengikut jadual ditetapkan.
"Pihak MUMSB dengan rendah diri ingin memberi pencerahan berkenaan situasi sebenar operasi kutipan sisa pepejal domestik.
"Melalui kenyataan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kami mengakui berhadapan isu kekurangan pekerja susulan daripada pembukaan sektor ekonomi lain yang menawarkan pakej gaji dan faedah yang lebih menarik.
"Bagaimanapun, isu kekurangan pekerja ini bukan sahaja dialami oleh syarikat kami tetapi oleh semua kontraktor di dalam sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Sampah tidak dikutip lebih seminggu, berulat, syarikat konsesi akan dipanggil - Saarani
Kenyataan itu dimajukan menerusi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri.
Justeru, pihak MUMSB telah menyediakan pasukan sokongan dari kawasan lain termasuk sebanyak 19 buah lori sampah yang membabitkan 102 pekerja.
"Pihak MUMSB juga akan menyediakan pasukan peronda tambahan hari ini bagi tujuan menyelesaikan aduan / kawasan yang tertinggal (sekiranya ada).
"Untuk ini, MUMSB menyediakan sebanyak lima lori tambahan dan membabitkan 29 orang pekerja," ujarnya.
BACA: MBI mohon maaf, ramai pekerja pembersihan berhenti, punca masalah kutipan sampah - Datuk Bandar
Menurut kenyataan itu lagi, kawasan operasi sebenar hanya melibatkan Zon Manjoi dan sebahagian Zon Meru sahaja.
"Pihak MUMSB tidak terlibat dalam kutipan di kawasan lain terutama di kawasan Bandar Meru Raya, Klebang, Chemor dan sebagainya," katanya.
Terdahulu, pada Selasa, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dilaporkan berkata isu gangguan kutipan sampah di sekitar bandar raya Ipoh ada hubungkait dengan syarikat konsesi yang berdepan masalah kekurangan pekerja.
Jelasnya, ramai di antara pekerja pembersihan terbabit berhenti dan memilih bekerja dalam industri pembinaan.
Beliau berkata peningkatan sampah yang tidak dijangka iaitu tiga kali ganda daripada keadaan biasa susulan Hari Raya Aidilfitri turut menyumbang kepada masalah tersebut.
Aida Aziz
Thu May 12 2022
MUMSB mengakui pihaknya berdepan masalah kekurangan pekerja susulan pembukaan sektor ekonomi lain yang menawarkan pakej gaji dan faedah yang lebih menarik. - Foto ihsan MUMSB
Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.
Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.
Fasa tiga terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Caj PPUM: Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu tampung kenaikan
Langkah itu diambil memandangkan PPUM menjadi antara tumpuan penduduk Parlimen Lembah Pantai untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
MOT, JPJ bincang integrasi data aplikasi jual beli motosikal dan MySIKAP
Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Penilaian pihak ketiga bagi pastikan keberkesanan projek
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan penilaian oleh pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan setiap inisiatif yang dijalankan oleh kementerian itu.
MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.
[TERKINI] Dua Hakim Mahkamah Agung Iran mati ditembak di Tehran
Dua hakim kanan Mahkamah Agung Iran, yang terlibat dalam pengurusan kes keganasan dan risikan, mati ditembak di Tehran pad Sabtu.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
10 Berita Pilihan - (18 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 19 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kutipan sampah pukal di Alor Setar ditambah
Kutipan sampah pukal di sekitar bandar raya ini akan ditambah sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula 2 hingga 9 Feb bagi mengelak peningkatan sampah secara mendadak di musim perayaan.