AYER KEROH: Seorang penganggur direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas dipercayai membunuh seorang wanita warga emas dalam kejadian samun di Kampung Pulai Darat, Jasin semalam.
Perintah tahanan reman sehingga Jumaat depan terhadap suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh dengan dikawal ketat oleh sepasukan pegawai dan anggota polis.
BACA: Rumah dipecah masuk, warga emas 'Mak Misah' maut disamun
Penahanan suspek itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Astro AWANI melaporkan seorang warga emas maut selepas kediamannya dipecah masuk dalam kejadian samun di Kampung Pulai Darat, Jasin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi Jumaat itu, mangsa Misah Md Amin, 91, ditemukan dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumahnya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 3.54 pagi berhubung kejadian itu sebelum pasukan polis kemudian berjaya menahan suspek di kawasan berhampiran kira-kira enam jam kemudian.
Katanya, suspek yang ditahan itu juga mempunyai tiga rekod lampau berhubung kes rompak dan samun.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Jan 21 2023

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh dengan dikawal ketat oleh sepasukan pegawai dan anggota polis. - Foto Astro AWANI

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Mayat ibu dalam peti sejuk: Penganggur direman tujuh hari
Seorang penganggur yang dipercayai bertindak kejam dengan membunuh ibunya sebelum mayatnya disumbat dalam peti sejuk direman tujuh hari.

Lelaki direman kes cabul dua anak saudara usia 4 dan 5 tahun
Seorang penganggur direman selama enam hari selepas disyaki mencabul dua anak saudaranya yang berusia empat dan lima tahun.

Samun warga emas sehingga maut, penganggur direman tujuh hari
Seorang penganggur direman tujuh hari selepas dipercayai membunuh seorang wanita warga emas dalam kejadian samun di Kampung Pulai Darat, Jasin semalam.

Samun guna pistol mainan, penganggur direman enam hari
Seorang pengganggur direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes samun kedai emas dengan senjata pistol mainan di Jalan Sultan Iskandar Ipoh.

Penganggur direman menyamar kerabat diraja Perak
Suspek perdaya mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja Perak ketika berurusan di pejabat Sultan Kedah.

Penganggur direman bantu siasatan kes hina Islam, Nabi Muhammad di media sosial
Seorang penganggur direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mempersenda dan menghina agama Islam.