Kerja pemasangan 'sangkar batu' untuk tujuan membaik pulih benteng konkrit yang runtuh di Bukit Setiwangsa dijangka siap sepenuhnya awal Februari ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib.
Beliau berkata pembinaan sangkar berukuran enam meter x enam meter itu kini 70 peratus siap sebagai langkah penyelesaian sementara untuk menampan sebarang gelongsoran tanah dan menstabilkan cerun, sementara menunggu pemaju menyiapkan reka bentuk semula cerun yang sesuai.
"Seramai 38 penghuni daripada 43 yang terlibat juga telah dibenarkan memasuki semula kediaman mereka sejak 22 Jan lalu, sementara lima lagi penghuni tidak dibenarkan masuk sehingga sangkar tersebut siap.
"Pengubahsuaian terhadap kediaman mereka dijangka siap sepenuhnya awal Februari ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berhubung kejadian cerun runtuh di Bukit Setiawangsa di Pusat Komuniti Bukit Setiawangsa di sini hari ini.
Ahmad Phesal berkata pihak yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan DBKL sedang giat menjalankan kerja pemulihan, termasuk pembukaan semula jalan dua hala untuk kemudahan penghuni keluar masuk.
Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas ditubuh bagi membuat kajian terperinci untuk menambah baik garis panduan pembangunan tanah cerun sedia ada.
"Jawatankuasa ini dianggotai wakil JKR Cerun, DBKL, IKRAM dan Jabatan Mineral serta Geosains, dan penelitian sudah dimulakan bagi mengeluarkan satu garis panduan lebih baik enam bulan dari sekarang," katanya.
Pada 28 Dis lepas, benteng konkrit yang dibina di lereng bukit setinggi 50 hingga 60 meter di kawasan puncak Setiawangsa runtuh mengakibatkan beberapa banglo, termasuk milik orang kenamaan, terjejas.
Bernama
Mon Jan 28 2013
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penipuan bertopengkan rawatan 'ayurveda', doktor palsu bergelar 'Datuk Seri' disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang doktor rawatan tradisional 'ayurveda' palsu bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menawarkan rawatan tradisional tanpa lesen sah di Puchong.
Mercedes, Malaysia Airlines perkenal perkhidmatan terminal persendirian mewah
Mercedes-Benz Malaysia dengan kerjasama Malaysia Airlines kini menawarkan perkhidmatan pemindahan terminal peribadi eksklusif dengan kenderaan model S 580 e Plug-in Hybrid dan EQS 500 4MATIC.
SPRM perlu bebas jalankan siasatan - Masidi
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun, menegaskan bahawa beliau tidak akan mengulas isu siasatan SPRM terhadap ADUN Sabah yang dikaitkan dengan rasuah.
Beliau menjelaskan bahawa pendiriannya bertujuan memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan atau campur tangan pihak luar.
Beliau menjelaskan bahawa pendiriannya bertujuan memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan atau campur tangan pihak luar.
Turunkan barisan terbaik di BAMTC 2025 - Razif
Ia boleh digunakan untuk menilai tahap persediaan pemain sebelum mengharungi cabaran Piala Sudirman 2025 di Xiamen dari 27 Apr hingga 4 Mei.
Banci Pertanian 2024: Asas Data untuk Kemajuan Sektor Pertanian Malaysia
Banci Pertanian 2024 telah selesai pada 10 Oktober 2024, tetapi peluang masih ada. Survei Penilaian Liputan Banci sedang berlangsung hingga 31 Januari 2025. Jika terlepas bancian utama, daftar sekarang di Portal Banci Pertanian atau Portal DOSM. Kerjasama anda penting untuk pembangunan sektor pertanian Malaysia yang lebih maju dan berdaya saing. Jangan lepaskan peluang ini.
Kebimbangan penduduk sekitar belum berakhir
Tragedi yang melanda Bukit Setiawangsa Disember tahun lalu memberikan kesan kepada pelbagai pihak terutama penduduk.
DBKL mulakan kerja pembersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kerja pembersihan di Jalan Bukit Setiawangsa hari ini.