MELAKA: Sejak meletusnya pandemik COVID-19, cecair pensanitasi tangan atau 'hand sanitizer' dan pelitup muka menjadi antara barangan paling laris di pasaran sehingga ada yang menjualnya dengan harga yang mahal dan tidak masuk akal.
Malah jika berkunjung ke farmasi, pasar raya atau kedai serbaneka untuk mendapatkan cecair nyahkuman ketika itu, pastinya para pengunjung akan terkilan kerana kehabisan stok.
Namun, selepas lebih setahun pandemik tersebut membelenggu masyarakat dengan pelbagai pendekatan kebiasaan baharu diperkenalkan bagi mengekang penyebaran virus, penggunaannya kini dilihat seolah-olah dipandang sepi.
Tinjauan Bernama di beberapa farmasi terkemuka, kedai serbaneka malah stesen minyak di sini mendapati penjualan cecair pensanitasi tangan kini tidak 'sederas' pada permulaan wabak COVID-19 tercetus pada tahun lepas.
Seorang penjual di sebuah farmasi, Aina Razak, 25, berkata pensanitasi tangan serta penyembur nyahkuman yang dulunya menjadi rebutan kini semakin tidak dipedulikan walaupun harga jualan adalah mampu milik serta produk tersebut didatangkan dalam pelbagai saiz dan jenama.
"Kalau dulu, memang tak sempat nak letak di atas rak. Memang cepat saja habis sampaikan kami terpaksa berulang kali membuat tempahan daripada pembekal dalam tempoh seminggu dan kadangkala, terputus bekalan.
"Tapi sekarang, pembelian tak macam dulu. Mungkin orang ramai lebih membeli pelitup muka berbanding pensanitasi tangan kerana ia wajib digunakan terutama di tempat awam," katanya.
Bukan sekadar itu, pemerhatian yang dilakukan di beberapa tempat awam seperti stesen minyak, restoran, kedai serbaneka juga mendapati orang ramai tidak menggunakan cecair itu sebelum atau selepas memasuki premis tumpuan awam, walaupun disediakan secara percuma.
Lebih memburukkan keadaan, penyediaan cecair nyahkuman di beberapa premis tumpuan awam juga seolah-olah hanya 'cukup syarat'.
Antara alasan yang diberikan pemilik premis adalah kekangan kos dan penggunaan tidak begitu memberangsangkan oleh pengunjung kerana mereka lebih mementingkan penggunaan pelitup muka serta mengimbas suhu.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar ketika dihubungi juga mengakui bahawa penggunaan cecair nyahkuman tangan ini kurang digunakan sedangkan ia antara cara berkesan untuk menghentikan rantaian COVID-19 selain daripada pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
"Lebih banyak kempen perlu diadakan untuk tingkatkan kesedaran mengenai kepentingan dan kebaikan penggunaan pensanitasi tangan sebab ia sangat berkesan dan mudah dibawa untuk digunakan di mana-mana sahaja.
"Sebab itu saya sangat galakkan agar setiap kita mempunyai satu (pensanitasi tangan) di dalam rumah, kereta, beg tangan serta poket," katanya yang dihubungi Bernama.
Turut senada, Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Datuk Rahmad Mariman yang turut menegur orang ramai yang tidak peka dengan pensanitasi tangan sedangkan ia termasuk dalam tiga prosedur operasi standard (SOP) asas dalam mengekang penularan COVID-19.
"Sebenarnya tak semestinya menggunakan pensanitasi tangan, basuh tangan pun okey tapi sebab pensanitasi tangan dah ada dan mudah, pakai sajalah. Manfaatkan benda itu.
"Saya tengok orang simpan di dalam kereta, dalam beg tangan. Sekadar simpan tapi tak digunakan. Maknanya di mana tahap kesedaran orang ramai? Seolah-olah tak ambil berat dengan SOP asas ini," katanya.
Bagi pemilik premis, Rahmad menasihati mereka agar menggunakan cecair nyahkuman yang diperakui serta jangan kedekut kerana bimbangkan kos.
"Jangan sekadar ada sebab kalau berlaku jangkitan dalam premis, mereka terpaksa tutup kedai dan ini akan jejaskan perniagaan. Jadi jangan kedekut dan takut dengan kos yang akan dikeluarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021
Pemerhatian di beberapa tempat awam mendapati orang ramai tidak menggunakan cecair sanitasi tangan sebelum atau selepas memasuki premis tumpuan awam, walaupun ia disediakan secara percuma. - Gambar hiasan
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah mengugut dan menakutkan bekas isteri pelawak dan pelakon, Harith Iskander, minggu lalu.//
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Malaysia terus amal dasar berbaik dengan semua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara termasuk negara-negara besar seperti China dan Amerika Syarikat.
Nahas udara Washington DC: Kedua-dua kotak hitam CVR, FDR American Airlines ditemukan
Punca nahas yang mengorbankan 67 nyawa itu, sama ada faktor manusia atau mekanikal, masih belum jelas, kata pegawai NTSB.
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan
Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik
Walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang berterusan, sektor pelancongan dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran AMR.
Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini
Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.