KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah ditahan oleh polis sekitar pukul 3 pagi tadi di sebuah hotel di ibu negara untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan.
Menteri Besar Kedah itu difahamkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor dengan menaiki sebuah kenderaan multi guna (MPV).
Penahanan Muhammad Sanusi turut dirakamkan dalam sebuah video yang dikongsi di media sosial.
Muhammad Sanusi juga difahamkan akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang pagi ini dipercayai berkaitan kenyataan beliau menghina institusi Kesultanan Selangor dalam memilih Menteri Besar negeri itu.
Sementara itu, portal Harian Metro memetik kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 dan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuat serbuan di Mon't Kiara dan menahan Menteri Besar Kedah itu.
Menurut Razarudin, tiada rampasan dibuat oleh polis dan pihak peguamnya sedia maklum yang Muhammad Sanusi akan didakwa di mahkamah Selayang pada hari ini.
"Tangkapan dibawa balik ke IPD Gombak untuk tindakan selanjutnya.
"Kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 10 pagi semalam," katanya seperti dilaporkan.
Muhammad Sanusi, jelas beliau, akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] kerana perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja (Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor).
"Kesalahan dilakukan pada 11 Julai lalu jam 11 malam bertempat di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, di dalam Daerah Gombak," katanya.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Astro Awani
Mon Jul 17 2023

Tangkap layar daripada video penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di sebuah hotel di ibu negara sekitar pukul 3 pagi tadi.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.

The Greater Kedah berbeza dibandingkan negeri lain - Sanusi
The Greater Kedah adalah berbeza jika dibandingkan dengan The Greater Lembah Klang atau The Greater Penang yang telah lama dilaksanakan.

Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.

Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah
Projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.

'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.

'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.

Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.

Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.