IPOH: Kempen menanam sayur-sayuran atau memelihara haiwan ternakan perlu selari dengan pendekatan kerajaan dalam menyediakan mekanisme kemudahan berkaitan.
Ia termasuk permohonan tanah tumpangan sementara bagi tujuan pertanian, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif MUDA Perak, Moo Keng Hao.
Beliau menyarankan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang meminta rakyat negeri itu menanam sayuran dan memelihara ternakan supaya tidak bersikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.
Katanya, bantuan dan pendidikan wajar diperkasa bagi merealisasikan cadangan berkenaan.
Ia seperti bantuan biji benih, baja atau kempen pendidikan tanaman hidroponik dan aquaponik yang semakin popular di kawasan bandar.
"Banyak persoalan yang timbul susulan cadangan tersebut, namun tidak dibentangkan penyelesaiannya oleh kerajaan.
"Persoalannya, adakah jika rakyat meneroka tanah terbiar untuk bercucuk tanam akan dibantu kerajaan?
"Atau sebaliknya, kerajaan akan mengusir dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka, seperti yang kerap kali terjadi sebelum ini?" soalnya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, bantuan pula perlu diberikan kepada rakyat yang mahu mendapatkannya tanpa karenah birokrasi.
Moo berkata, kerajaan negeri pasti mampu menjalankan kempen sedemikian dengan kerjasama syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) Perak.
"Malah, Saarani sendiri adalah mantan Exco Pertanian suatu masa dahulu, sudah tentu faham cadangan tersebut tidak akan berjaya jika hanya sekadar retorik di bibir.
"Pelaksanaan yang berkesan juga perlu dilaksanakan. Atau, ia gagal seperti kempen bertani di bandar ketika beliau menggalas tanggungjawab Exco Pertanian dulu," katanya lagi.
Justeru, katanya, MUDA Perak melihat isu kekurangan bekalan makanan sebagai sesuatu yang serius dan perlu ditangani kerajaan negeri Perak secara tuntas.
"Cadangan tidak wajar dibiarkan sekadar pujangga politik, ia perlu dibentangkan dengan pelan tindakan dalam membantu menjayakan kempen tersebut.
"Ini sekali gus membantu rakyat dalam menghadapi krisis global berkaitan kekurangan bekalan makanan," tambahnya.
Terdahulu, media melaporkan, kerajaan negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri ini menanam sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini.
Saarani berkata langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga beberapa produk pertanian dan penternakan ketika ini.
Aida Aziz
Fri Jun 03 2022
Moo berkata, MUDA Perak melihat isu kekurangan bekalan makanan sebagai sesuatu yang serius dan perlu ditangani kerajaan negeri Perak secara tuntas.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Saranan tanam sayur, ternak haiwan, jangan hanya retorik semata - MUDA Perak
Moo berkata bantuan dan pendidikan wajar diperkasa bagi merealisasikan cadangan berkenaan.