KUCHING: Sarawak menyediakan peruntukan RM30 juta bagi membantu pelajar dalam kalangan anak Sarawak yang berhadapan masalah untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menjadikan ia satu-satunya negeri yang mengambil inisiatif sedemikian bagi membantu secara terus pelajarnya membayar pinjaman itu.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kesulitan pelajar-pelajar ini didengar beliau sendiri sewaktu satu dialog bersama pelajar-pelajar Sarawak di Semenanjung Malaysia dalam Program Lan Berambeh Anak Sarawak di Kuala Lumpur pada Oktober 2019.
"Hasil dialog itu, saya memberi peruntukan dalam bajet yang lepas sebanyak RM30 juta untuk membantu mereka membayar hutang kepada PTPTN," katanya ketika berucap di Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak dan PTPTN di pejabatnya di sini hari ini.
Di bawah memorandum itu, Yayasan Sarawak akan memanfaatkan peruntukan kerajaan negeri bagi menyediakan insentif kepada pelajar-pelajar Sarawak yang telah membayar balik sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTN, untuk menyelesaikan 30 peratus daripada baki pinjaman mereka itu.
Abang Johari berkata Yayasan Sarawak mempunyai mekanismenya sendiri dalam menguruskan pembayaran balik pinjaman oleh pelajar-pelajar ini yang diharap beliau akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar-pelajar berkenaan.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid semasa berucap di majlis sama berkata inisiatif itu merupakan satu usaha proaktif, yang memperuntukkan amaun cukup besar bagi membantu pelajar melunaskan pinjaman pendidikan mereka.
"Sewajarnya inisiatif kerajaan negeri Sarawak ini dipuji dan menjadi ikutan serta contoh kepada kerajaan negeri lain dalam membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN," katanya.
Katanya sehingga 31 Dis lepas, PTPTN telah menyalurkan pinjaman berjumlah RM4.7 bilion kepada 195,350 pelajar di seluruh negara dan seramai 3,429 peminjam dikecualikan daripada membuat bayaran balik berjumlah RM88.7 juta kerana memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
Sementara itu, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang dalam ucapan beliau pada majlis yang sama berkata inisiatif ini adalah untuk membantu peminjam PTPTN dalam kalangan anak-anak Sarawak untuk membayar balik pinjaman mereka.
Katanya 9,000 orang pelajar Sarawak layak untuk mendapat manfaat daripada insentif itu setelah melalui tapisan oleh PTPTN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021
![Sarawak bantu pelajar bayar balik pinjaman PTPTN Sarawak bantu pelajar bayar balik pinjaman PTPTN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614930929_abangjo.jpg)
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM30 juta kepada Ketua Eksekutif Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Ahmad Dasuki Abdul Majid. - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
AWANI Pagi: Cipta Kirana: Kelestarian seni reka teknologi barang kemas
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Prof Madya Dr. Hanif Khairi, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Muhammad Saiful Hazim Mohamad Affandi, pelajar tahun akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM membincangkan mengenai Cipta Kirana iaitu sebuah pameran seni yang menampilkan keunikan dan kehalusan reka bentuk barang kemas serta produk logam anjuran Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam, Selangor.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
Smart Cities: Making Malaysian Cities Among the World's Most Liveable
Discover key strategies to transform Malaysian cities into global benchmarks for liveability, from smart infrastructure to sustainable urban planning with Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739412628_EricSchmidt.jpg)
Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas
Korea Utara, Iran atau bahkan Rusia boleh menggunakan teknologi AI untuk mencipta senjata biologi, kata Eric Schmidt.
![Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
![Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan? Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637831663_kanakporno.jpg)
Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?
Kesedaran mengenai keselamatan siber perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi memastikan generasi muda lebih peka terhadap ancaman dunia digital.
Pemuliharaan Tapir: Pusat pemuliharaan kedua di Negeri Sembilan menjelang 2027
Sebanyak 112 Tapir Malaya terkorban akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.
![60 tahun memerintah sendiri, Resolusi Kapit dan hak istimewa Sarawak 60 tahun memerintah sendiri, Resolusi Kapit dan hak istimewa Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690000373_tbStephenKalong.jpg)
60 tahun memerintah sendiri, Resolusi Kapit dan hak istimewa Sarawak
Detik ini menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah dan lahirnya Sarawak sebagai sebuah negara yang memerintah sendiri.
![Sarawak tidak akan pertimbang semula tukar gelaran KM kepada 'Premier' Sarawak tidak akan pertimbang semula tukar gelaran KM kepada 'Premier'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645550651_DatukAbdulKarimRa.jpg)
Sarawak tidak akan pertimbang semula tukar gelaran KM kepada 'Premier'
Tegasnya, pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak itu telah diluluskan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri.
![Istilah Premier di Sarawak: Perubahan besar atau hanya 'kosmetik'? - Jeniri Istilah Premier di Sarawak: Perubahan besar atau hanya 'kosmetik'? - Jeniri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606003415_DrJeniriAmir.jpg)
Istilah Premier di Sarawak: Perubahan besar atau hanya 'kosmetik'? - Jeniri
RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diluluskan melibatkan Perkara 6 (3) bagi menggantikan perkataan Ketua Menteri kepada Premier.
![Persatuan Genealogi Malaysia cadang istilah 'Bendahara' digunakan untuk Ketua Kerajaan Sarawak Persatuan Genealogi Malaysia cadang istilah 'Bendahara' digunakan untuk Ketua Kerajaan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638803482_SARAWAK.jpg)
Persatuan Genealogi Malaysia cadang istilah 'Bendahara' digunakan untuk Ketua Kerajaan Sarawak
Persatuan Genealogi Malaysia mencadangkan agar istilah 'bendahara' digunakan bagi merujuk kepada jawatan Ketua Kerajaan Sarawak.
![Pertukaran terma ketua menteri kepada premier hanya nama, tidak libatkan bidang kuasa Pertukaran terma ketua menteri kepada premier hanya nama, tidak libatkan bidang kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644747163_JamesChin.jpg)
Pertukaran terma ketua menteri kepada premier hanya nama, tidak libatkan bidang kuasa
Pertukaran terma ketua menteri kepada premier adalah selaras pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan pada 2021.
![Mengenang Tok Nan: Selepas lima tahun, aura Allahyarham masih hangat Mengenang Tok Nan: Selepas lima tahun, aura Allahyarham masih hangat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/71547201105_ADENAN.jpg)
Mengenang Tok Nan: Selepas lima tahun, aura Allahyarham masih hangat
Hari ini, genap lima tahun Tok Nan atau Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem pergi meninggalkan kita. Pun begitu, aura Tok Nan masih terasa hangat.
![Abang Jo, barisan Kabinet baharu mampu buat Sarawak terus cemerlang - PM Abang Jo, barisan Kabinet baharu mampu buat Sarawak terus cemerlang - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641447901_AbangJoKabinetSa.jpg)
Abang Jo, barisan Kabinet baharu mampu buat Sarawak terus cemerlang - PM
Perdana Menteri melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dibantu barisan Kabinet baharu akan membuat Sarawak terus cemerlang.
![Internet luar bandar, Abang Johari terima panggilan video dari rumah panjang Belaga Internet luar bandar, Abang Johari terima panggilan video dari rumah panjang Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639463342_TBABGJO.jpg)
Internet luar bandar, Abang Johari terima panggilan video dari rumah panjang Belaga
Jaringan internet kini dinikmati penduduk di kawasan rumah panjang.
![Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak bakal disiarkan di Astro AWANI Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak bakal disiarkan di Astro AWANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629275399_AbangJohari.jpg)
Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak bakal disiarkan di Astro AWANI
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal mengadakan sidang media khas pada jam 9.00 pagi nanti (Jumaat).
![PRN Sarawak: SPR bakal adakan mesyuarat khas bincang pelaksanaan PRN PRN Sarawak: SPR bakal adakan mesyuarat khas bincang pelaksanaan PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635953080_DUNSarawak.jpg)
PRN Sarawak: SPR bakal adakan mesyuarat khas bincang pelaksanaan PRN
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.