BETONG: Penekanan kepada pembangunan tenaga hijau yang giat dilaksanakan di Sarawak ialah langkah yang bertujuan menjadikan negeri ini sebagai pemain terkemuka dunia dalam ekonomi baharu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata pelaksanaan perancangan mengeluarkan bahan tenaga baharu selain pembangunan infrastruktur baharu dan pengambilalihan infrastruktur sedia ada akan mendekatkan lagi Sarawak kepada hasrat untuk muncul sebagai hab pembangunan ekonomi ASEAN.
"Kita akan menjadi pemain terkemuka di dunia, bukan sahaja di Malaysia, bukan sahaja di ASEAN tetapi di dunia dalam ekonomi baharu," katanya ketika berucap di Majlis Ngabang (Kunjungan) Gawai di sini pada Rabu.
Menurut beliau, susulan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak akan membangunkan pelabuhan baharu yang kelengkapannya setaraf bagi menampung perkembangan ekonomi pada masa depan.
"Kita akan membangunkan apa yang disebut sebagai Energy Hub di Samalaju dan Kidurong (kedua-duanya di Bintulu) dan kita juga akan membangunkan (rangkaian) Paip Trans Borneo untuk menghantar (bekalan) gas ke seluruh Sarawak," katanya.
Abang Johari berkata perancangan ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang menawarkan gaji tinggi kepada rakyat Sarawak yang berkelayakan dan berbakat.
Beliau berkata rakyat di Bahagian Betong turut akan memperoleh nikmat daripada perancangan pembangunan ini, khususnya dalam menyediakan generasi muda dari segi pendidikan tinggi berkualiti antarabangsa dan pembangunan bakat.
Sebuah bangunan baharu akan dibina untuk Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centre of Technical Excellence Sarawak - CENTEXS) Betong yang kini beroperasi di bangunan yang disewa.
Beliau juga akan mengadakan perbincangan bagi mengenal pasti tapak yang sesuai untuk menubuhkan sebuah sekolah antarabangsa di Betong yang menggunakan silibus Cambridge.
Sekolah ini dijangka menampung keperluan pendidikan pelajar yang layak dari Betong, Sri Aman dan Sarikei.
"Kita akan mulakan projek perumahan dan juga komersial dalam kawasan di persimpangan Jalan Sri Aman-Betong yang akan melibatkan kira-kira 1,000 lot rumah yang bakal disiapkan secara berfasa," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Abang Johari pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Bahagian Betong "Segulai Sejalai", pada Rabu. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.

Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.

Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.

Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.

Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.

Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.

Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.

Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.

Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.

Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.