KUCHING: Mahkamah Sarawak kini memiliki garis panduan yang komprehensif dalam menjatuhkan hukuman bagi kes jenayah membabitkan hidupan liar dengan pelancaran in Sarawak pada Khamis.
Dokumen itu dilancarkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim di Kompleks Mahkamah Kuching di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata para hakim di Sarawak kini memiliki dokumen yang menekankan faktor tertentu untuk dipertimbang sebelum mereka menjatuhkan hukuman bagi kesalahan jenayah membabitkan hidupan liar.
"(Dengan garis panduan ini) kami berupaya memahami (isu tertentu) dengan lebih mendalam dan mempertimbang faktor yang betul (sebelum menjatuhkan hukuman)," katanya.
Abang Iskandar berkata setiap kes adalah berbeza namun dengan garis panduan itu, hukuman bagi kesalahan yang serupa tidak akan 'terlalu berbeza.'
"Sudah tentu tidak ada hukuman yang sama bagi dua kesalahan berasingan dan tidak ada kesalahan serupa yang dilakukan kerana pasti akan terdapat sedikit perbezaan.
"Bagaimanapun, apa yang kita bimbangkan ialah kita tidak mahu ada perbezaan yang begitu ketara apabila mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan hampir sama," katanya.
Sentencing Guidelines for Wildlife Crimes in Sarawak adalah inisiatif Mahkamah Tinggi Sarawak melalui Kumpulan Kerja Alam Sekitar Mahkamah Sarawak (SWGE) yang bermula pada 2020 dengan sokongan teknikal daripada WWF-Malaysia.
Beberapa rundingan untuk menyemak garis panduan itu telah diadakan pada 2022 membabitkan badan kehakiman, agensi penguatkuasaan undang-undang hidupan liar dan badan bukan kerajaan yang memperjuang isu alam sekitar.
Garis panduan itu dijangka membantu para hakim di Sarawak menjatuhkan hukuman yang adil dan konsisten selain sepadan dengan sifat jenayah bagi kesalahan membabitkan hidupan liar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
![Sarawak miliki garis panduan komprehensif bagi hukuman kes jenayah babitkan hidupan liar Sarawak miliki garis panduan komprehensif bagi hukuman kes jenayah babitkan hidupan liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/81531430436_orangutan.jpg)
Mahkamah Sarawak kini memiliki garis panduan yang komprehensif dalam menjatuhkan hukuman bagi kes jenayah membabitkan hidupan liar dengan pelancaran in Sarawak pada Khamis. - Gambar hiasan/BERNAMA
![K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738798311_TBlemas.jpg)
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
![Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
![Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Jenayah: Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Tiga pemandu van sekolah ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di kawasan parkir di hadapan Plaza Flamingo, Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 29 Jan lepas.
Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata dua anjing pengesan itu, Lady dan Grouse dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh pasukan penyelamat di air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Dewan Rakyat: Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus hari ini
Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani isu geopolitik dan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![Usaha pemuliharaan Myanmar selamatkan populasi harimau Bengal yang terancam Usaha pemuliharaan Myanmar selamatkan populasi harimau Bengal yang terancam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738399726_HarimauPhnomPenh.jpg)
Usaha pemuliharaan Myanmar selamatkan populasi harimau Bengal yang terancam
Harimau Benggala (Panthera tigris) adalah spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).
![Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai di Sibu Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai di Sibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737801605_AzmiAbuKassim.jpg)
Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai di Sibu
Polis merampas lebih 17,000 karton minuman keras tanpa cukai bernilai kira-kira RM15.15 juta dalam Op Taring Alpha 2 di dua premis di Sibu, Sarawak pada Isnin lepas.
![Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737036134_hasanalharimau.jpg)
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Projek itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
![Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024 Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719891424_hutanhujan.jpg)
Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024
NRES telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, termasuk spesies Harimau Malaya.
![Op Taring: PDRM rampas senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubatan tanpa kelulusan Op Taring: PDRM rampas senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubatan tanpa kelulusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734755570_TBoptaring.jpg)
Op Taring: PDRM rampas senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubatan tanpa kelulusan
PDRM akan mempergiatkan risikan dan operasi bagi membanteras aktiviti jenayah ini demi keselamatan masyarakat.
![Perhilitan Kedah siap siaga tangani konflik hidupan liar semasa banjir Perhilitan Kedah siap siaga tangani konflik hidupan liar semasa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659852246_ularsawaflorida.jpg)
Perhilitan Kedah siap siaga tangani konflik hidupan liar semasa banjir
Perhilitan sedia memastikan konflik antara hidupan liar dan manusia dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin.
![Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681572923_ShengYi.jpg)
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
![Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731747056_TBberuangmatahari.jpg)
Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.
![Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731580133_tbprogramJelajahK.jpg)
Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.
![10 November diisytihar Hari Enggang Kebangsaan 10 November diisytihar Hari Enggang Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731219275_harienggangkebangs.jpg)
10 November diisytihar Hari Enggang Kebangsaan
Pengisytiharan itu diharapkan dapat memangkin lebih banyak penyertaan aktif dalam aktiviti pemuliharaan hidupan liar.