KUCHING: Menteri Muda Hal Ehwal Islam Dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa agar keputusan menoak penggunaan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca dinilai semula di Sarawak.
Beliau yang juga seorang doktor perubatan berkata berdasarkan kajian semasa jelas tiada perbezaan yang ketara melibatkan AstraZeneca dengan vaksin yang lain.
“Sebagai seorang pengamal perubatan, saya terbuka kepada sebarang cadangan kerana vaksin itu semuanya sama.
“Jangan hanya disebabkan satu dua kes melibatkan vaksin jenis ini dan vaksin-vaksin lain, maka ia dianggap tidak memenuhi kriteria yang diperlukan.
“Pada pandangan saya, kebanyakkan kes yang terjadi hanyalah kes-kes terpencil sama ada melibatkan AstraZeneca atau vaksin-vaksin lain seperti Pfizer, Sinovac, Cansino dan Sputnik,” katanya.
Tambahnya, dengan adanya vaksin AstraZeneca, sasaran Sarawak untuk melengkapkan program imunisasi sebelum Ogos dapat dicapai lebih cepat.
“Jadi kita memerlukan bilangan kuantiti vaksin yang banyak dan setakat ini kita menggunakan Pfizer dan Sinovac.
“Jadi seandainya kita menggunakan AstraZeneca atau apa-apa vaksin lain, kemungkinan kita boleh mencapai sasaran untuk memberi imusasi kepada setiap rakyat Sarawak sebelum Ogos tahun ini,” tambahnya.
Beliau berkata demikian selepas Program Agihan Bubur Lambuk dan Sumbangan Pantai Damai Prihatin di Kampung Selang Ulu pada Selasa.
Menerusi program itu, seramai 20 orang telah menerima bantuan makanan asas serta bubur lambuk.
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah turut menyuarakan pendapat sama mengenai penggunaan vaksin AstraZeneca di Sarawak.
Astro Awani
Tue May 04 2021

Jelas Dr Abdul Rahman dengan adanya vaksin AstraZeneca, sasaran Sarawak untuk melengkapkan program imunisasi sebelum Ogos dapat dicapai lebih awal.- FOTO: Facebook/ PBB N4 Pantai Damai
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.

COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.

Dr Roland nafi takut-takutkan rakyat Malaysia untuk ambil vaksin Pfizer
Pengasas The KL Sky Clinic Dr Roland Victor, menafikan bahawa beliau menakut-nakutkan rakyat Malaysia atau sesiapa daripada mengambil vaksin Pfizer Comirnaty.

AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."

KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.

Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.

COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid.

8.5 juta dos vaksin COVID-19 telah luput - PAC
PAC mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.