KUALA LUMPUR:400 sukarelawan diperlukan untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Chin Zin Hing, percubaan vaksinasi akan dimulakan pada pertengahan Januari.
Dalam tempoh pelaksanaan ujian cubaan itu, sukarelawan terlibat dikehendaki hadir ke Hospital Umum Sarawak sebanyak enam kali.
"Kami ingin merekrut 400 orang sukarelawan yang sihat untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin ini.
“Buat masa sekarang, saya tidak mempunyai maklumat terperinci berkenaan perkara ini dan ia masih dalam peringkat perbincangan.
“Setelah kami memperincikan perkara ini, kami akan mengumumkan dengan lebih lanjut kepada masyarakat umum.
“Percubaan ini adalah sebahagian daripada usaha negara untuk membasmi virus COVID-19," ujar beliau ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Tambahnya, calon yang berminat harus berada dalam keadaan sihat.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perkara tersebut, beliau memaklumkan mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan Hospital Umum Sarawak.
Nickyson Nyambar
Wed Jan 06 2021
Menurut Dr Chin, perkara itu masih dalam proses perbincangan - Foto Astro AWANI
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
China dan Thailand perdalam kepercayaan, perluas kerjasama
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping juga menyentuh mengenai projek seperti kereta api berkelajuan tinggi yang dijadualkan menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
ASEAN bersatu sokong gencatan senjata - Anwar
ASEAN mengambil pendirian tetap menyokong gencatan senjata yang berkekalan di Semenanjung Gaza, dengan Malaysia berikrar memberikan sokongan penuh terhadap usaha pembinaan semula wilayah itu
Percubaan vaksin hanya untuk individu setuju - Pengarah Kesihatan Sarawak
Jabatan Kesihatan Sarawak akan berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terpilih di Sarawak menjalani ujian klinikal percubaan vaksin COVID-19 dari China
Sarawak perlukan 400 sukarelawan bagi percubaan vaksin - Dr Chin
Percubaan vaksin ini dijangka bermula pertengahan Januari.