KUALA LUMPUR: Sarawak menyasarkan pertumbuhan ekonomi sekitar lima ke enam peratus bagi tahun ini selepas mencatatkan pertumbuhan sekitar tiga ke empat peratus pada 2021 di sebalik kelembapan ekonomi global.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sasaran untuk tahun 2022 dibuat berdasarkan ekonomi negeri kembali normal selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa.
‘’Walaupun berlaku kelembapan ekonomi di peringkat global, pertumbuhan ekonomi di Sarawak pada tahun lalu dianggarkan pada tiga ke empat peratus.
‘’Untuk itu melihat kepada pertumbuhan berterusan dalam sektor luar dan aktiviti domestik yang bertambah baik, ini mendorong kepada sasaran lima ke enam peratus untuk tahun ini,’’ katanya.
Awang Tengah berkata demikian semasa mengetuai delegasi Malaysia dalam rundingan meja bulat bersama dengan Australia Malaysia Business Chamber Western Australia (AMBCAW) di Perth, baru-baru ini.
Tambahnya, jumlah perdagangan antara Sarawak dan Australia pada 2021 ialah RM3.6 bilion dengan nilai eksport Sarawak ke Australia berjumlah RM1.2 bilion merangkumi petroleum, papan lapis dan urea manakala nilai import Sarawak dari Australia pula adalah RM2.4 bilion.
‘’Saya berharap kita akan dapat membincangkan lebih lanjut bagaimana Sarawak dan Australia boleh terus mengukuhkan kerjasama dalam perniagaan dan perdagangan serta meneroka potensi pelaburan baharu,’’ ujarnya.
Astro Awani
Sun Jun 26 2022

Awang Tengah juga berharap hubungan dagang antara Sarawak dan Australia dapat diperkukuhkan selain meneroka potensi pelaburan baharu. FOTO: BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRK Jepak: GPS yakin tapi tidak ambil mudah cabaran - Awang Tengah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, namun tidak mengambil mudah cabaran parti lawan.

Sarawak rekod 264 kes pembalakan haram - Awang Tengah
Sebanyak 264 kes pembalakan haram telah direkodkan di Sarawak bagi tempoh di antara 2020 dan 2022, kata Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sarawak sasar pertumbuhan ekonomi enam peratus bagi tahun 2022 - Awang Tengah
Sarawak menyasarkan pertumbuhan ekonomi sekitar lima ke enam peratus bagi tahun ini selepas mencatatkan pertumbuhan sekitar tiga ke empat peratus pada 2021 di sebalik kelembapan ekonomi global.

Sarawak guna cukai jualan produk petroleum bantu rakyat - Awang Tengah
Pelaksanaan cukai jualan oleh kerajaan negeri Sarawak adalah satu daripada kaedah penstrukturan semula hasil yang membolehkan negeri ini menjana pendapatan tambahan untuk membantu rakyat khususnya yan

Hanya GPS mampu perjuang hak Sarawak - Awang Tengah
Awang Tengah menyifatkan hanya GPS yang mempu memperjuangkan hak negeri Sarawak yang terhakis.

Konvensyen Khas PBB: Suntikan semangat menjelang Sarawak Memilih
Konvensyen Khas PBB dikaitkan tidak dapat lari daripada spekulasi ia diadakan sebagai persiapan menuju PRN-12.

Konvensyen Khas PBB petanda Sarawak Memilih makin hampir?
Konvensyen khas PBB dilihat sebagai petanda Pilihan Raya Negeri ke-12 akan diadakan pada bila-bila masa.

KPDNHEP Sarawak diminta pastikan bekalan makanan mencukupi
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata stok barangan penting seperti beras, gula, minyak masak dan tepung perlu cukup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

Kilang dibenar operasi wajib serah nama pekerja - Awang Tengah
Semua kilang yang dibenar beroperasi di Sarawak ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana perlu serah butiran pekerja kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Sarawak 2016: Barisan Nasional menang dua kerusi tanpa bertanding
Awang Tengah merupakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ini merupakan kali kedua beliau menang tanpa bertanding selepas PRN 1996.