PUTRAJAYA: Kerajaan Sarawak bersetuju agar vaksin AstraZeneca digunakan secara sukarela bagi penduduk di negeri itu.
Sehubungan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kaedah terbaik untuk melaksanakan program itu di Sarawak.
"Sarawak telah bersetuju AstraZeneca digunakan secara sukarela dan kita akan berhubung dengan JKNS bagaimana kaedah yang terbaik untuk melaksanakannya di negeri itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba secara dalam talian pada Isnin.
BACA: AstraZeneca bukan untuk Sarawak - Dr Sim
BACA: Sarawak perlu kaji semula keputusan tolak vaksin AstraZeneca - Dr Abdul Rahman
Selain Sarawak, Khairy turut mengesahkan fasa kedua permohonan AstraZeneca juga akan diperluas ke Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Tambahnya, hanya warga emas yang berusia 60 tahun ke atas diberi keutamaan untuk pendaftaran yang dibuka bermula 23 hingga 26 Mei ini.
BACA: Sarawak akan nilai semula penggunaan AstraZeneca - Dr Sim
"Perluasan ini adalah konsisten dengan pengesanan zon merah yang direkodkan pada kes harian COVID-19. Ini juga salah satu cara mengekang penularan pandemik ini," katanya.
Astro Awani
Mon May 17 2021
Kerajaan Sarawak bersetuju agar vaksin AstraZeneca digunakan secara sukarela bagi penduduk di negeri itu.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
ASEAN bersatu sokong gencatan senjata - Anwar
ASEAN mengambil pendirian tetap menyokong gencatan senjata yang berkekalan di Semenanjung Gaza, dengan Malaysia berikrar memberikan sokongan penuh terhadap usaha pembinaan semula wilayah itu
Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, tengah hari tadi.
Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu dipercepatkan
Projek pendalaman Sungai Sebiew harus dipercepatkan bagi mengelak banjir buruk yang berlaku di Bintulu berulang.
Turkiye seru bantuan lebih kukuh, penyelesaian berkekalan bagi Palestin dan Syria
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyeru bantuan kemanusiaan yang lebih kukuh untuk Gaza dan Syria.
AS tangguh perkembangan rancangan damai Ukraine, ambil kira pendapat NATO
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menangguhkan perkembangan rancangan untuk menyelesaikan konflik Ukraine bagi mengambil kira pendapat sekutu-sekutu Eropah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia gagal catat kemajuan dalam Indeks Persepsi Rasuah
Dengan skor 50 mata, Malaysia berada di tangga ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2024, kekal di posisi sama seperti 2023. Apa faktor negara gagal mencatat kemajuan dan bagaimana kita memastikan situasi bertambah baik bergerak ke hadapan? Ikuti temu bual bersama Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan.
Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sarawak setuju guna AstraZeneca secara sukarela - Khairy
Kerajaan Sarawak bersetuju agar vaksin AstraZeneca digunakan secara sukarela bagi penduduk di negeri itu.