KUCHING: Sarawak menubuhkan Unit Transformasi dan Inovasi serta Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, sebagai dua unit baharu dalam perkhidmatan awam negeri itu, selari dengan agenda kerajaan negeri memperkenalkan pendigitalan dalam sektor awamnya.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata semua anggota perkhidmatan awam Sarawak, harus cakna dengan perkembangan teknologi dan mengikuti perubahan trend dunia, agar dapat kekal memberikan mutu perkhidmatan di tahap yang terbaik merentasi masa dan perubahan.
"Kita bertanggungjawab melaksanakan dasar dan amanah untuk terus membawa kesejahteraan, perubahan yang positif serta inovasi dalam pelbagai lapangan dan bidang, sejajar dengan arus perubahan dunia bagi menjamin masa depan Sarawak yang kita sayangi.
"Slogan Segulai, Sejalai yang diiktiraf oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga sesuai untuk mengambarkan solidariti penjawat awam sesama kementerian atau agensi di Sarawak dan Persekutuan," katanya ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi bagi menghargai penjawat awam tertinggi Persekutuan dan negeri yang pernah berkhidmat di Sarawak yang diadakan di sini, malam ini.
Abang Johari berkata penjawat awam, baik di peringkat negeri mahupun Persekutuan di Sarawak, memainkan peranan penting dalam menerajui sistem penyampaian kerajaan dengan lebih profesional dan efisyen, demi kepentingan rakyat.
"Sebagai nadi penggerak utama dasar dan inisiatif kerajaan, para penjawat awam telah membantu menjadikan pentadbiran di Sarawak lebih stabil, profesional dan berkelas dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata semua anggota perkhidmatan awam Sarawak, harus cakna dengan perkembangan teknologi dan mengikuti perubahan trend dunia. - Gambar fail/Astro AWANI

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

PGA Sarawak tumpas aktiviti pembalakan haram libat rampasan RM3.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menumpaskan aktiviti pembalakan haram melibatkan rampasan bernilai lebih RM3.2 juta menerusi Op Taring Libas, semalam.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.