GEORGE TOWN: Jasad mendiang Sarjan Jana Anak Milie, 51, yang ditemukan maut dengan kesan tembakan di belakang Balai Polis Bayan Lepas semalam akan disemadikan di kampung halamannya di Sri Aman, Sarawak.
Jasad mendiang dijangka dibawa pulang dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas.
Terdahulu, jasad bapa kepada tiga cahaya mata itu dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 4.10 petang tadi dengan menggunakan kenderaan jenazah persendirian.
Turut kelihatan isteri dan anak serta saudara-mara yang datang dari Sarawak.
BACA: Sarjan polis ditemui maut dengan kesan tembakan di leher, dada, kepala
Isterinya, Sandra Anak Kuno, 50, berkata, mendiang suaminya sudah 32 tahun berkhidmat dalam pasukan polis tinggal di Pulau Pinang bersamanya dan anak bongsu, manakala dua lagi anak mereka menetap di Sri Aman.
Sandra berkata, meskipun terkejut dengan kejadian yang berlaku, namun dia reda dengan pemergian suaminya itu.
"Dia seorang suami yang baik, suka dengan anak-anak dan peramah dengan semua orang, selalu bergurau serta tidak pilih kawan sama ada lelaki atau perempuan.
"Saya reda dengan apa yang berlaku. Kami tinggal di sini sama-sama. Dia tidak tunjuk sebarang apa-apa tanda. Sembang, makan, minum dan tidur macam biasa," katanya ketika ditemui petang tadi.
Sandra berkata, jasad mendiang suaminya akan disemadi mengikut adat resam kaum Iban selama tiga hari dan dikebumikan di Kampung Sutong, Sri Aman, Sarawak, pada Jumaat ini.
Pada Ahad, mayat anggota polis berpangkat Sarjan itu ditemui dengan kesan tembakan pada kepala, leher dan dada di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas sekitar 3.30 petang.
Turut ditemui sepucuk pistol bersamanya di tempat kejadian.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Feb 20 2023
Sandra (kiri) berkata, meskipun terkejut dengan kejadian yang berlaku, namun dia reda dengan pemergian suaminya itu. - Foto Astro AWANI
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
Kereta jatuh gaung, anggota polis berpangkat Sarjan maut
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan maut apabila kereta dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kampung Sungai Senam, di Sik hari ini.