KUALA LUMPUR: "Berani kerana benar".
Demikian penjelasan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berhubung pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.
Tegasnya, beliau akan menghadapi cabaran itu dengan tabah selain mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik supaya beliau meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang.
"Pertuduhan sekali gus menjatuhkan imej beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Kes ini juga akan memberi saya pengalaman sendiri dalam hal penyalahgunaan kuasa yang menjadi semakin teruk sekarang ini.
"Antara perkara yang saya utamakan dalam perjuangan politik saya adalah menentang salah guna kuasa dan mendokong reformasi institusi supaya badan-badan penguat kuasa yang penting seperti SPRM, PDRM, SPR selain badan legislatif dan kehakiman bebas daripada disalah guna oleh mereka yang berkuasa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mengulas mengenai pertuduhan salah guna kuasa ke atas Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, Rozman menjelaskan, beliau hanya salah seorang daripada sembilan Ahli Lembaga Pengarah kepada Lembaga Pelabuhan Labuan dan bukannya pengerusi.
Katanya, di antara Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai tertinggi kerajaan daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang faham dasar dan proses untuk kerajaan membuat pelantikan operator.
BACA: Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan
"Semasa mesyuarat membuat keputusan, saya menyokong operator lama yang dimiliki oleh usahawan bumiputera tempatan itu untuk terus diberi peluang.
"Mereka tidak terpilih kerana majoriti Ahli Lembaga Pengarah memilih syarikat lain dari luar Labuan sebagai operator baharu Pelabuhan Merdeka Labuan dan saya menghormati keputusan mesyuarat itu," katanya.
Jelas Rozman, beliau akan membersihkan namanya serta terus berjuang membasmi budaya salah guna kuasa dan rasuah di negara ini.
Terdahulu, Rozman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.
Rozman, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Astro Awani
Thu Oct 14 2021
![Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634187488_AhliParlimenLabuan.jpg)
Beliau akan menghadapi cabaran itu dengan tabah selain mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik supaya beliau meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang. - Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tiada keterangan tunjuk Rozman buat keputusan lantik LLPM sebagai operator - Hakim Tiada keterangan tunjuk Rozman buat keputusan lantik LLPM sebagai operator - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687768549_RozmanIsli.jpg)
Tiada keterangan tunjuk Rozman buat keputusan lantik LLPM sebagai operator - Hakim
Mahkamah Sesyen memutuskan tiada keterangan menunjukkan Rozman Isli membuat keputusan untuk memastikan hanya LLPM yang akan dilantik sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.
![Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687768549_RozmanIsli.jpg)
Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan
Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli daripada pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi LLPM.
![Keputusan guna kedudukan, bekas MP Labuan bebas atau bela diri ditangguhkan 23 Jun Keputusan guna kedudukan, bekas MP Labuan bebas atau bela diri ditangguhkan 23 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685415600_DatukRozmanIsli.jpg)
Keputusan guna kedudukan, bekas MP Labuan bebas atau bela diri ditangguhkan 23 Jun
Rozman didakwa sebagai seorang pegawai badan awam telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan.
![Keputusan kes salah guna kedudukan bekas Ahli Parlimen Labuan diketahui esok Keputusan kes salah guna kedudukan bekas Ahli Parlimen Labuan diketahui esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676363848_RozmanIsli.jpg)
Keputusan kes salah guna kedudukan bekas Ahli Parlimen Labuan diketahui esok
Hakim Rozina Ayob dijadualkan membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 3 petang.
![Keputusan sama ada bekas MP Labuan perlu bela diri pada 30 Mei Keputusan sama ada bekas MP Labuan perlu bela diri pada 30 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680767454_RozmanIsli.jpg)
Keputusan sama ada bekas MP Labuan perlu bela diri pada 30 Mei
Mahkamah menetapkan 30 Mei depan untuk memutuskan sama ada Datuk Rozman Isli perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak bagi LLPM.
![Rozman tidak pernah isytihar bapa, adik pemegang saham LLPM - Saksi Rozman tidak pernah isytihar bapa, adik pemegang saham LLPM - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675778067_RozmanIsli.jpg)
Rozman tidak pernah isytihar bapa, adik pemegang saham LLPM - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Datuk Rozman Isli tidak pernah mengisytiharkan kepentingan bapa serta adiknya selaku pemegang saham dalam Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.
![Saksi tidak tahu Rozman ada kepentingan dalam LLPM Saksi tidak tahu Rozman ada kepentingan dalam LLPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660297653_RozmanIsli.jpg)
Saksi tidak tahu Rozman ada kepentingan dalam LLPM
Bekas Ahli Lembaga Pengarah, LPL memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau tidak mengetahui bekas Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli mempunyai kepentingan dalam LLPM.
![Pegawai SPRM sahkan terima arahan tahan Ahli Parlimen Labuan Pegawai SPRM sahkan terima arahan tahan Ahli Parlimen Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660213224_DatukRozmanIsli.jpg)
Pegawai SPRM sahkan terima arahan tahan Ahli Parlimen Labuan
Seorang pegawai SPRM memberitahu Mahkamah Sesyen, menerima arahan untuk menahan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
![MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659423188_AhliParlimenLabuan.jpg)
MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Mahkamah menolak permohonan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya iaitu menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.
![Permohonan MP Labuan Rozman Isli pindah kes ke Mahkamah Tinggi ditolak Permohonan MP Labuan Rozman Isli pindah kes ke Mahkamah Tinggi ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653049657_DatukRozman.jpg)
Permohonan MP Labuan Rozman Isli pindah kes ke Mahkamah Tinggi ditolak
Rozman berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.