KANGAR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan, beliau hanya akan berpegang kepada kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung UMNO mengenai sebarang keputusan khususnya bagi menteri dan timbalan menteri dari parti itu untuk menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.
Menurutnya, setakat ini, tidak ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung tarikh sebenar untuk berbuat demikian.
Justeru, tegas Khairy, kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘Taj Mahal’ iaitu merujuk kepada Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada awal bulan ini bahawa ahli-ahli parti itu yang sedang berkhidmat sebagai menteri akan melepaskan jawatan masing-masing menjelang Ogos depan adalah tidak selari dengan apa yang disebut Ahmad.
"Kita berpegang kepada kenyataan yang telah dibuat Setiausaha Agung UMNO (Ahmad Maslan) tidak sebut apa-apa tarikh (letak jawatan),
"Jadi yang bercakap pasal (bulan) Ogos ini (adalah) 'Taj Mahal', (iaitu) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman… jadi 'Taj Mahal' tak boleh cakap (mengenai letak jawatan), kita (menteri dan timbalan menteri) kena dengar (dan ikut kenyataan) Setiausaha Agung (UMNO)," jelas Khairy.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 (PPV) Dewan 2020, di sini pada Selasa.
Awal bulan ini, Tajuddin berkata, kesemua pemimpin UMNO yang kini sedang berkhidmat sebagai menteri, timbalan menteri dan pengerusi di beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan melepaskan jawatan masing-masing menjelang Ogos depan.
Dalam wawancara bersama sebuah portal berita tempatan itu, Tajuddin turut menegaskan UMNO membuat keputusan pada Perhimpunan Agung lalu untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada bulan yang sama jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih gagal membubarkan Parlimen.
Abd Hadi Che Awang
Tue Apr 27 2021

Menurut Khairy, anggota jemaah menteri dari UMNO hanya akan berpegang pada kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung dan bukannya orang lain. - Gambar fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.

Pelancong wanita cedera diserang monyet di Taj Mahal
Seorang wanita cedera selepas diserang monyet ketika sedang asyik mengambil gambar di sekitar Taj Mahal, semalam.

Masjid Sri Sendayan tumpuan orang ramai sempena cuti Aidiladha
Pemandangan dan suasana menakjubkan serta mempesonakan terutama menjelang senja di masjid itu turut menggamit kedatangan pengunjung bukan beragama Islam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Suami bina replika Taj Mahal demi cinta agung buat isteri
Anand Prakash Chouksey membina istana marmar seluas 929 meter persegi itu buat isterinya Manju Shah yang juga seorang guru.

"Saya berpegang pada kenyataan Setiausaha Agung UMNO bukannya 'Taj Mahal'" - Khairy
Kenyataan Tajuddin Abdul Rahman bahawa menteri dan timbalan menteri dari UMNO akan letak jawatan pada Ogos depan tidak selari dengan apa yang disebut Ahmad Maslan.

Taj Mahal tetap dibuka semula meskipun kes COVID-19 di India lebih 4.2 juta
Bangunan yang juga merupakan tapak warisan UNESCO itu akan menerima semula kunjungan pelancong pada 21 September ini.

Peralatan penulen udara ditempatkan di Taj Mahal
Peralatan penulen udara itu mempunyai kapasiti untuk membersihkan 1.5 juta meter padu udara dalam masa lapan jam dalam jarak 300 meter.

Nak berkunjung ke Taj Mahal? Ini tipnya!
Kami berikan beberapa tip ini yang boleh membantu melancarkan kunjungan anda.

Dinding marmar putih Taj Mahal sudah bertukar jadi kuning kehijauan
Pencemaran yang tidak terkawal di sekitar kawasan pelancongan bersejarah itu menyebabkan kemerosotan ketara pada monumen ikonik berkenaan.