SHAH ALAM: Pemergian bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Allahyarham Dr Abd Rani Osman pada Isnin meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyifatkan Allahyarham adalah insan istimewa yang berhati mulia.
Hannah berkata, beliau terkejut selepas mendapat perkhabaran tersebut ketika hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina dan bergegas ke Meru, Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Menurutnya, Allahyarham merupakan sahabat baik yang sering menjadi contoh bagaimana menjalani kehidupan bersama meskipun dalam perbezaan agama.
"Di masjid, kedengaran doa yang dibacakan bercampur-baur dengan tangisan dan berakhir dengan kata-kata ini - 'ini hamba Allah yang baik'.
"Saya menjadi saksi bahawa Dr Rani adalah seorang insan yang baik.
"Benar, masakan tidak, setiap kali saya diserang kerana kepercayaan agama saya, beliaulah yang akan meyakinkan saya untuk tidak berasa bimbang.
"Apabila anak perempuan saya dilahirkan dan diadakan majlis ringkas di gereja, Dr Rani turut menghadirinya.
"Semasa isu serbuan DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama) berlaku, beliaulah mengetuai delegasi ahli politik Islam untuk berdialog dengan pihak gereja.
"Beliau memperlihatkan kepada saya bagaimana kita boleh menjalani kehidupan bersama dengan orang yang berlainan agama," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Dr Abd Rani, 64, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Carey, Kuala Langat.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru itu menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 5 pagi.
Dalam pada itu, Hannah turut melahirkan rasa syukur kerana dapat menghadiri pengebumian Allahyarham dan mengakui tidak dapat menahan air mata.
"Beliau tentunya akan sangat dirindui. Kami mungkin seteru dalam politik, namun Dr Rani adalah satu-satunya, malah seorang sahabat yang paling dikasihi.
"Begitulah bagaimana saya akan mengenangnya. Semasa hayat, ketika mempunyai jawatan ataupun tanpa sebarang jawatan, tuan memberikan khidmat bakti terbaik buat rakyat Meru," katanya.
Hannah juga berkata, Dr Abdul Rani kekal dalam Pas ketika Pakatan Rakyat (PR) berpecah pada 2015 dan Pas Selangor mencapai keputusan terbaik dalam pilihan raya umum (PRU) adalah ketika diterajui Allahyarham.
"Kami terus kekal berhubung. Malah, saya sempat berjumpa beliau dan makan bersama di Meru tahun lepas. Saya berasa lega kerana tidak menangguhkan hasrat tersebut.
"Apabila papan iklan kempen saya dirosakkan baru-baru ini, saya mendapat mesej daripada Dr Rani yang bertanyakan keadaan saya. Dr Rani, saya begitu sayangkan Tuan dan terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 24 2023
Hannah berkata, beliau terkejut selepas mendapat perkhabaran tersebut ketika hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina dan bergegas ke Meru, Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. -Gambar fail/Facebook Hannah Yeoh
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
Lebih 19 individu minat jawatan CEO ISN - Hannah
Pihaknya menerima lebih 19 permohonan untuk jawatan tersebut, melibatkan penjawat awam dan orang awam dari pelbagai latar belakang.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, bukan buku agama - Dr Kamarul Zaman
Kamarul Zaman disoal peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadapnya.
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam.
Srikandi Bersatu desak PDRM segera siasat Hannah Yeoh
Nolee Ashilin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha yang mengancam keharmonian dan kestabilan negara.
'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Musa Hassan akan terus bercakap, pertahankan negara dari ancaman - Peguam
Musa mengucapkan syukur atas keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau.