KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Sebaliknya bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya memberi penjelasan kepada pihak media mengenai soalan berkaitan projek Jana Wibawa dan Yayasan Albukhary yang ditanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas siasatan dijalankan terhadapnya pada 9 Mac tahun lepas.
"Saya hanya menjelaskan kedudukan dan apa yang berlaku pada diri saya. Saya tidak mempunyai sebarang niat jahat, malah kenyataan itu bukan ditujukan kepada plaintif (Lim) sebaliknya menjelaskan tentang perkara yang sudah berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya pada hari kedua perbicaraan kes saman Lim terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu berhubung pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary.
"Perkara itu tentu telah berlaku semasa Pakatan Harapan merupakan kerajaan, dan pada masa itu plaintif adalah Menteri Kewangan. Saya tidak menuduh atau memfitnah beliau (Lim), saya cuma merujuk kerajaan ketika itu Pakatan Harapan, dan hakikatnya plaintif merupakan Menteri Kewangan," katanya.
Selain itu Muhyiddin berkata LHDN berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil oleh jabatan-jabatan di bawahnya.
"Oleh sebab itu apabila saya menerima surat daripada Yayasan Albukhary, saya telah meminitkan surat kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kerana beliau adalah Menteri Kewangan pada masa itu," katanya.
Ditanya peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Lim, Muhyiddin bersetuju bahawa dalam surat rayuan daripada Yayasan Albukary tidak menyatakan Lim tidak mengiktiraf pengecualian cukai tersebut.
"Namun pada pemahaman saya, ketika Yayasan Albukhary tidak diiktiraf pengecualian cukai, Menteri Kewangannya adalah Lim Guan Eng," kata Muhyiddin.
Lim pada 27 Mac 2023, memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana didakwa mengeluarkan tiga kenyataan berunsur fitnah di Facebook yang melibatkannya berhubung isu pengecualian cukai pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.
Laporan mengenai perkara itu kemudiannya diterbitkan beberapa akhbar dan portal berita.
Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa kenyataan fitnah itu juga bermaksud beliau menyalahguna kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan itu, sedangkan mereka tidak sepatutnya dikenakan cukai.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Muhyiddin ketika hadir pada hari kedua perbicaraan kes saman yang difailkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Al-Bukhary di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto Bernama
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.