Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan ancaman yang diterimanya berikutan ketegasan beliau dalam memerangi jenayah, khususnya membabitkan penyeludupan migran di negeri ini, adalah satu lumrah sebagai pegawai polis.
Beliau juga menegaskan tidak gentar mahupun tunduk kepada ancaman tersebut sebaliknya akan terus komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan negara.
"Setakat ini memang ada usaha untuk mengambil tindakan (ancaman) ke atas saya. Itu satu lumrah, yang penting kita berhati-hati dalam ambil tindakan dan berjaga- jaga. Yang selebihnya kita serah kepada Allah.
"Selagi kita ikhlas, kita jangan takut. Kalau takut, jangan jadi pegawai polis.
"Jadi guru, jadi wartawan pun ada terima ancaman kan? Kadang-kadang itu biasa, jadi tuan-tuan jangan bimbang, jangan takut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Ayob Khan berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar kononnya ada tekong dari negara jiran "memetik" nama beliau kepada sindiket penyeludupan migran kerana marah operasi mereka sering digagalkan pihak berkuasa.
Mengikut rekod, setakat ini lebih 20 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa telah ditahan kerana dipercayai terbabit dalam penyeludupan migran di Johor khususnya di kawasan pantai timur.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan memberitahu perintah reman terhadap lapan lelaki termasuk seorang pegawai dan tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan Jumaat lalu kerana mencuri lembu, disambung tiga hari lagi setelah reman sebelumnya berakhir semalam.
"Reman disambung tiga hari lagi semalam. Kita akan serahkan kertas siasatan (kepada Timbalan Pendakwa Raya) untuk mereka dituduh kalau ada bukti kuat dan sebagainya," katanya.
Kesemua suspek yang berusia 27 hingga 48 tahun itu sebelum ini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 29 2020

Ayob Khan tegaskan, beliau tidak gentar mahupun tunduk kepada ancaman tersebut sebaliknya akan terus komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan negara. - Gambar BERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.

'Jika tidak betul, sila siasat saya dan keluarga'- Ayob Khan
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sedar amanah dan tanggungjawab yang dipikul olehnya bagi melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 15,786 individu di atas pelbagai kesalahan jenayah komersial bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.

Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2023.

Judi: OCPD, ketua balai gagal penuhi aku janji berdepan tindakan tegas - CPO Selangor
Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai di Selangor yang tidak memenuhi aku janji bagi memastikan kawasan mereka bebas daripada aktiviti judi haram akan dikenakan tindakan tegas.

Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi 'online'
Ketua polis daerah di seluruh negara diingatkan jangan jadikan 'Surat Aku Janji' tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai 'kertas tisu'.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

PRN Johor: "Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor" - Ayob Khan
Bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini kembali ke Ibu Pejabat Kontinjen Johor, pejabat yang beliau terajui selama 22 bulan, bermula 24 Februari, 2020.

Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.

Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor
Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.