PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan beliau pernah menerima sumbangan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti yang didakwa bekas pengarah syarikat berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 Jun lalu.
Ahli Parlimen Rembau itu, bagaimanapun berkata, sedia memberi sepenuhnya kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan.
Dalam masa sama, kata Khairy, beliau juga belum dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkenaan.
"Saya hendak nyatakan saya tidak pernah terima apa-apa secara peribadi sepertimana telah dilaporkan.
"Saya tidak pernah terima apa-apa wang dalam kes tersebut dan perkara ini mana-mana pihak dipanggil, saya bersedia memberi kerjasama sepenuhnya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sebelum ini, bekas pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, mendakwa, bekas Menteri Belia dan Sukan itu ada menerima sumbangan daripada syarikatnya namun pemberian tersebut tidak diberikan secara terus.
Sumbangan antara RM50,000 dan RM200,000 itu, kata Wan Quoris Shah, diberikan UKSB kepada Khairy untuk bantuan politik, bencana serta aktiviti kemanusiaan.
Kata Wan Quoris, sumbangan itu tidak diberikan secara terus kepada Khairy, sebaliknya disalurkan melalui UMNO Bahagian Rembau kerana ketika itu bekas Ketua Pemuda UMNO itu merupakan Timbalan Ketua Bahagian berkenaan.
Sebelum itu juga, saksi pendakwaan ke-15, Harry Lee Vui Khun yang juga bekas pengarah UKSB memberitahu mahkamah bahawa catatan 'KJ' dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku 'faraid' UKSB yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid, adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh UKSB kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.
Fareez Azman
Tue Jun 21 2022

Khairy menafikan beliau pernah menerima sumbangan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti yang didakwa bekas pengarah syarikat berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 Jun lalu. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

SPRM terbuka cadangan diletak di bawah Parlimen - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka dengan cadangan agensi itu diletakkan di bawah Parlimen seperti dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini.

Sumber wang untuk Zahid tidak perlu dibuktikan termasuk jika dari 'langit ketujuh' - TPR
Pengesahan sumber wang itu bukan elemen yang perlu dibuktikan pendakwaan, sebaliknya mahkamah perlu menilai bukti dikemukakan bahawa Ahmad Zahid ada meminta wang itu.

Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan
Tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Pendakwa Raya.

Kes rasuah Zahid: Tiada rekod pembayaran UKSB kepada Hishammuddin - Pegawai penyiasat SPRM
Pegawai penyiasat SPRM dalam kes rasuah Zahid berkata hasil siasatannya mendapati tiada rekod pembayaran dibuat syarikat UKSB kepada Hishammuddin.

UKSB serah wang tunai secara bulanan berjumlah SG$13.56 juta kepada Zahid - Saksi
Transaksi pembayaran wang tunai kepada Ahmad Zahid itu berlaku antara Oktober 2014 dan Mac 2018 selain ia direkodkan di dalam sebuah lejar milik UKSB.

Ahmad Zahid minta UKSB hulur sumbangan pada UMNO - Pegawai Penyiasat SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahmad Zahid telah meminta syarikat UKSB menghulurkan bantuan kewangan sebagai sumbangan politik kepada UMNO.

UKSB: Dakwaan David Tan palsu, fitnah, berniat jahat - Anak saudara Tun M
Sekiranya David Tan tidak menarik balik tuduhan tersebut, Rahmat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.

Shahril Hamdan nafi terima dana RM1.162 juta daripada UKSB
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin dimaklumkan perkara berkenaan oleh saksi penting pendakwaan kes rasuah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi., Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sumbangan politik: Nama Shahril Sufian, bekas pemimpin MCA dicatat dalam lejar UKSB
Saksi berkata kod nama yang digunakan di dalam buku lejar tersebut adalah 'S Pat' untuk Shahril Sufian, Chan ('Prof') dan Ong ('OKC').

Isu dana UKSB: Saya belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa - Muhyiddin
Bagaimanapun jelas Muhyiddin, beliau sedia memberi kerjasama terhadap mana-mana pihak berkuasa di negara ini jika diminta berbuat demikian.