Sebaran mesej kononnya beberapa lokasi di Kuala Lumpur akan diserang pihak ekstremis ekoran insiden di Plaza Low Yat baru-baru ini adalah tidak benar, kata polis.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata pihaknya telah mengesan beberapa sebaran maklumat melalui media sosial yang menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika mengunjungi beberapa lokasi di Kuala Lumpur yang dikhuatiri diserang oleh pihak ekstremis.
“Selain itu, turut diviralkan bahawa ada perancangan untuk melakukan pertempuran kaum atas nama maruah bangsa dan agama,” polis berkata dalam kenyataan itu.
“Kesemua berita ini adalah palsu semata-mata dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan merosakkan keharmonian kaum dan ketenteraman awam di negara ini,” katanya lagi.
Menurut polis, insiden yang yang berlaku di Plaza Low Yat hanya melibatkan dua pihak dan ia tiada kaitan dengan isu perkauman sama sekali.
“Walaupun isu ini dilihat kian reda dan tidak terkesan sebarang perancangan untuk melakukan serangan kaum, namun tindakan tidak bertanggungjawab pengamal media sosial yang terus memanipulasi isu ini boleh menambahkan ketegangan kaum serta menyemarakkan kembali isu ini,” katanya lagi.
Menurut polis lagi, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebaran maklumat dari sumber yang tidak sah dan segera merujuk kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Astro Awani
Thu Jul 16 2015
![Sebaran mesej serangan ekstremis di Kuala Lumpur palsu - Polis Sebaran mesej serangan ekstremis di Kuala Lumpur palsu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436775928_PolisLogo.jpg)
Menurut polis lagi, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![DBKL, Imigresen gempur peniaga warga asing di Plaza Low Yat DBKL, Imigresen gempur peniaga warga asing di Plaza Low Yat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615416821_WargaAsing.jpg)
DBKL, Imigresen gempur peniaga warga asing di Plaza Low Yat
Sebanyak 10 premis dikenal pasti menggunakan khidmat pekerja asing tanpa kebenaran sah.
![Rebut pelanggan punca pergaduhan di Low Yat Rebut pelanggan punca pergaduhan di Low Yat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607100489_GaduhBukitBintang.jpg)
Rebut pelanggan punca pergaduhan di Low Yat
Hanya kerana berlaku perebutan pelanggan, satu insiden pergaduhan tercetus di Pusat Beli Belah Lowyat pada Jumaat.
![Lelaki maut jatuh dari tingkat empat Plaza Low Yat Lelaki maut jatuh dari tingkat empat Plaza Low Yat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436786464_GARISANPOLIS.jpg)
Lelaki maut jatuh dari tingkat empat Plaza Low Yat
Siasatan awal polis mendapati mangsa pernah bekerja di sebuah kedai telefon bimbit di plaza itu beberapa bulan dahulu.
![Kes Low Yat: Saksi nampak tertuduh ambil telefon bimbit Kes Low Yat: Saksi nampak tertuduh ambil telefon bimbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437267444_LOWYAT.jpg)
Kes Low Yat: Saksi nampak tertuduh ambil telefon bimbit
Saksi pertama itu memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama kes seorang penganggur yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat.
![Polis tahan lelaki terlibat pergaduhan di Plaza Low Yat Polis tahan lelaki terlibat pergaduhan di Plaza Low Yat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437267444_LOWYAT.jpg)
Polis tahan lelaki terlibat pergaduhan di Plaza Low Yat
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Plaza Low Yat di sini, Khamis.
![Premis perniagaan beroperasi seperti biasa di Jalan Petaling Premis perniagaan beroperasi seperti biasa di Jalan Petaling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442128491_PetalingStreet.jpg)
Premis perniagaan beroperasi seperti biasa di Jalan Petaling
Operasi perniagaan di Petaling Street berjalan seperti biasa biarpun ada perancangan untuk mengadakan Perhimpunan Gerakan Merah di sini, hari ini.
![Ismail Sabri cadang buka Low Yat 2 di Bangunan MARA Ismail Sabri cadang buka Low Yat 2 di Bangunan MARA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439299288_IsmailSabri.jpg)
Ismail Sabri cadang buka Low Yat 2 di Bangunan MARA
Low Yat 2, sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut.
![Pukul penganggur di Low Yat, tiga pekerja kedai telekomunikasi didenda Pukul penganggur di Low Yat, tiga pekerja kedai telekomunikasi didenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439194820_LOWYATMAHKAMAH.jpg)
Pukul penganggur di Low Yat, tiga pekerja kedai telekomunikasi didenda
Tiga pekerja kedai telekomunikasi hari ini didenda RM1,800 setiap seorang oleh Mahkamah kerana memukul dan mencederakan seorang penganggur disyaki mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat.
![Maklumat internet boleh dikawal - Ahmad Shabery Maklumat internet boleh dikawal - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437887787_SHABERYCHEEK.jpg)
Maklumat internet boleh dikawal - Ahmad Shabery
Maklumat yang disalurkan menerusi Internet tidak boleh disekat sebaliknya kerajaan mengambil langkah mengawal penyebaran maklumat yang tidak sahih.
![Sebaran mesej serangan ekstremis di Kuala Lumpur palsu - Polis Sebaran mesej serangan ekstremis di Kuala Lumpur palsu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436775928_PolisLogo.jpg)
Sebaran mesej serangan ekstremis di Kuala Lumpur palsu - Polis
Sebaran mesej kononnya beberapa lokasi di Kuala Lumpur akan diserang pihak ekstremis ekoran insiden di Plaza Low Yat baru-baru ini adalah tidak benar, kata polis.