KANGAR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 12 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes anggota polis berpangkat lans koperal yang dituduh membunuh isterinya pada 5 Mac lepas.
Majistret Ana Rozana Mohd Nor membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Pengarah Pendakwaan Perlis Mohd Nordin Ismail supaya tarikh baharu sebutan semula kes itu ditetapkan kerana pihaknya masih menunggu laporan psikiatrik Mohamad Nizarman Hassim, 27, yang belum siap sepenuhnya.
Pada 17 Mac lepas, Mahkamah Majistret yang sama telah mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di hospital psikiatri selepas mahkamah membenarkan permohonan Mohd Nordin supaya tertuduh menjalani pemeriksaan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Mohamad Nizarman dituduh membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar antara 6.45 pagi hingga 8.50 pagi pada 5 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, media melaporkan tertuduh dipercayai membunuh isterinya dengan menembak dalam kejadian di dalam sebuah bilik kediaman keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023

Tertuduh (baju merah) dituduh membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar antara 6.45 pagi hingga 8.50 pagi pada 5 Mac lalu. - Gambar fail/ Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.

Tahan suspek tembakan di KLIA, bukti kecekapan polis - Musa Hassan
Kejayaan PDRM memberkas suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, membuktikan kecekapan risikan dan operasi pasukan.

9 ahli keluarga ditembak mati ekoran perbalahan perkahwinan di Pakistan
Sekurang-kurangnya sembilan ahli keluarga terbunuh dalam serangan bersenjata di barat laut Pakistan, kata seorang pegawai.

Sebutan semula kes anggota polis bunuh isteri pada 12 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 12 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes anggota polis berpangkat lans koperal yang dituduh membunuh isterinya pada 5 Mac lepas.

Reman Lans Koperal tembak isteri disambung
Lans koperal polis yang dipercayai menembak mati isterinya dalam kejadian di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat di sini, 5 Mac lalu, disambung reman lima hari lagi.

Isteri maut dipercayai ditembak anggota polis berpangkat Lans Koperal
Seorang wanita maut dipercayai ditembak suaminya seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, di Kangar hari ini.

Ujian DNA sahkan identiti wanita ditembak suami
Keputusan DNA itu baharu diperoleh malam ini dan difahamkan keluarga mangsa telah menuntut jenazah wanita tersebut.

Tembak mati dua isteri dan diri sendiri, 'drama' 40 jam berakhir
Ketiga-tiganya sebelum itu didakwa menipu 20 individu berkaitan jual beli nombor plat kenderaan, bernilai jutaan Baht.